Perbuatan merokok atau 'vaping' turut berpotensi kepada masalah mati pucuk, tegas Dr Ahmad Samhan Awang.

Rokok ada bahan nikotin

Doktor kesihatan lelaki dari Him Wellness itu berkata, ini adalah kerana rokok dan vape mempunyai bahan nikotin yang boleh menyebabkan salur darah menjadi keras atau 'Atherosclerosis.'

"Keadaan ini terjadi apabila salur darah sukar untuk mengembang dan menyebabkan darah sukar untuk mengalir dengan baik.

BERITA TRENDING: #JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik Mahmud Sebagai Peguam” - Datuk Zayn Rayyan Perjelas Salah Faham

BERITA TRENDING: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis, Tertekan” - Peguam

"Ini turut menyebabkan kesukaran mengalami ketegangan di bahagian zakar.

"Jadi inilah punca mengapa 40 peratus daripada mereka yang merokok atau 'vaping' terdedah kepada risiko mati pucuk," kata Dr Ahmad Samhan dalam wawancara bersama program AWANI Pagi pada Rabu.

Menurut beliau, antara penyelidikan yang pernah dijalankan bagi mengkaji keabsahan perkara tersebut ialah kajian terbitan 'American Journal of Preventive Medicine'.

Ia dilakukan sekumpulan penyelidik dari Universiti New York yang mendapati bahawa tabiat menghisap vape atau rokok elektronik boleh meningkatkan risiko mati pucuk sehingga dua kali ganda.

BERITA TRENDING: #JusticeforZaynRayyan: "Ada Percanggahan Keterangan Saksi, Ibu Bapa Zayn Rayyan" - Polis

BERITA TRENDING: #JusticeForZaynRayyan: Proses Lanjutan Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Bertukar Kecoh


Kajian itu turut mendedahkan, lebih dua kali ganda lelaki sihat yang berusia antara 20 hingga 65 tahun yang menghisap vape setiap hari melaporkan mengalami masalah mati pucuk.

Sumber: Awani

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.