Pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan menegur trend masa kini iaitu melamar secara terang-terangan melibatkan ramai khalayak.

PU Rahmat menerusi hantaran di laman sosial Facebook (FB)nya pada Isnin meminta pembaca memahami teguran dan nasihatnya.

Menurut PU Rahmat ada beberapa sebab Islam tidak menggalakkan lelaki melamar wanita secara terang-terangan di restoran atau di pentas.

Antaranya menyebabkan rasa serba salah kepada wanita dilamar dan boleh mendatangkan aib kepada lelaki sekiranya lamaran ditolak.

“Hanya sedikit nasihat saya yang memahami sedikit hukum islam.

“Kenapa islam tidak menganjurkan melamar wanita secara terang-terangan di restoren mahupun atas pentas?

1) Agar tiada tekanan kepada wanita, islam tidak mahu wanita berada dalam serba salah atau tekanan apabila menerima lamaran lelaki.

Tak dinafikan ada wanita boleh yakin dan kuat untuk mengatakan TIDAK kepada mana-mana lamaran tetapi ada wanita yang akan kasihan atau menjadi tidak berupaya menolak lamaran.

Maka kaedah merisik lebih baik kerana memberi wanita masa berfikir, bermuhasabah dan membuat perkiraan.

Islam sangat menjaga hak wanita maka wanita sangat digalakkan untuk bertenang apabila membuat apa-apa keputusan khususnya keputusan yang melibatkan masa depannya.

2) Menjaga air muka lelaki, lelaki yang melamar secara terang-terangan berpotensi ditolak secara terang-terangan juga. Jadilah seorang lelaki yang menjaga air muka sendiri dan keluarga.

3) Pernikahan bukan hanya mencantumkan dua jiwa tetapi mencantumkan dua keluarga. Kaedah merisik akan menemukan dua keluarga dan dua keluarga akan saling menilai "nilai dan jiwa" dua keluarga.

“Ya, saya tahu ada yan tak peduli hal keluarga dengan alasan "aku yang nak kawin" tapi yakinlah ada keberkatan dalam perbincangan dan restu ibu dan ayah,” tulisnya.

Dalam pada itu PU Rahmat turut berpesan agar tidak terlalu terikut-ikut dengan trend barat yang penuh dengan kelompongan.

PU Rahmat juga menyatakan rasa gembira atas kejayaan Kamal Adli melamar Uqasha Senrose dan mendoakan kebahagian mereka.

“Jangan diikut trend barat yang penuh dengan kelompongan dalam menilai sesuatu. Barat bukan semuanya tahu.

“Saya gembira atas kejayaan lamaran Kamal Adli dan Uqasha Senrose dan mendoakan kebahagiaan mereka, semoga mereka dikurniakan anak yang soleh dan solehah.

“Hanya saya berharap trend melamar secara terang-terangan dihentikan dan tidak menjadi budaya kita.

“Romantiklah dengan syariat , InsyaAllah berkat.

“Saya akhiri dengan kalam. Saya hanya menyampaikan tidak mengeca . Saya menerangkan bukan menyerang,” katanya mengakhiri penulisan.

[[BACA: Kamal Adli Lamar Uqasha Senrose di AME2020, Uqasha: Yes!]]

[[BACA: "Mereka Sudahpun Berbincang Dengan Ahli Keluarga...]]

saya sentiasa mendoakan mana-mana pernikahan kekal hingga ke syurga. amin hanya sedikit nasihat saya y memahami...

Posted by Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan on Sunday, 20 December 2020