Terkini

Romantiknya Jamal Abdillah, Kini Bisnes Kosmetik Tanda Sayang Isteri

gempak
Maliah Surip
26/08/2022
05:50 MYT
Sponsor Banner
Romantiknya Jamal Abdillah, Kini Bisnes Kosmetik Tanda Sayang Isteri
Kata orang, kaum lelaki sangat jarang menunjukkan rasa terima kasih atau sayangkan seorang wanita secara terang-terangan.
Tapi beruntungnya isteri penyanyi Datuk Jamal Abdillah, Datin Zai Izzati Khiruddin apabila pesohor itu dengan berbesar hati menyokong dan mengambil risiko memulakan bisnes kosmetik.
Idea berganding dengan rakan bisnes iaitu Zarania Beauty tercetus selepas melihat isterinya yang gemar bersolek dan suka meniaga.
“Bisnes ini sebenarnya sebagai tanda penghargaan kepada isteri. Saya cuma membantu dia dalam menjayakan perniagaan ini,” kata Jamal.
Menurut pemilik bisnes ikan arowana ini juga, beliau berani menceburi bidang bisnes baharu iaitu berkaitan kosmetik kerana percaya kepada rakan bisnesnya yang mempunyai 15 tahun pengalaman selain sukses dengan jenama Natasya.
“Jadi saya jalin kerjasama dengan Zarania Beauty sebagai hadiah kepada beliau dan juga kepada peminat-peminat saya.
“Walaupun saya teruja dengan bisnes baharu ini namun saya akui perasaan bimbang itu tetap ada kerana ini pertama kali saya menceburi bidang kosmetik.
“Tapi saya percaya produk ini boleh pergi jauh dan mungkin ini permulaan dalam bidang ini dan kalau ada rezeki, kami akan keluarkan pelbagai produk kosmetik lain,” katanya.
Jamal, 63, berkata ketika ini, sebanyak sembilan produk telah berada di pasaran dengan harga mampu milik yang bermula serendah RM25 hingga RM49.
Malah sebagai penghargaan kepada lagu popularnya, katanya, set Azura turut diperkenalkan dengan menawarkan harga pakej lebih jimat di mana pembeli berpeluang untuk menang pelbagai hadiah menarik.
“Satu perkara tentang keistimewaan produk Zarania Beauty ini apabila semua rangkai produknya dihasilkan oleh kilang tempatan yang memiliki sijil bertauliah oleh Amalan Pengilangan Baik (GMP).
“Malah bahan kandungan dalam produk ini selamat digunakan, sesuai untuk segala peringkat umur selain kualiti setanding dengan produk antarabangsa. Kalau hendak tahu apa lagi keistimewaan produk ini, orang ramai mestilah kena cuba produk ini,” katanya.
Jamal menambah, dia dan rakan kongsi turut menyasarkan jualan bukan hanya dalam Malaysia tetapi juga di Brunei, Indonesia serta Singapura.
Tambahnya, jika ada rezeki pada masa akan datang, pihaknya ingin mengeluarkan lebih banyak produk yang biasa digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat.
“Hari ini pun golongan lelaki yang gemar memakai produk komestik dan mungkin lepas ini Zarania Beauty akan keluarkan produk kosmetik untuk lelaki pula. Saya sendiri menggunakan bedak dan spray muka sebelum membuat persembahan nyanyian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live