Pelakon terkenal Indonesia Raffi Ahmad mengejutkan wargamaya apabila membawa bintang bola sepak terkenal dunia, Ronaldinho datang ke rumahnya.
Bukan sahaja itu, Raffi turut membawa legenda Brazil itu menikmati cendol dan bakso di sebuah gerai popular di Jakarta, Indonesia.
Menerusi laman sosial Instagram, Raffi bersama isterinya Nagita Slavina memuat naik momen bersama Ronaldinho untuk tatapan umum.
“Amazing! Terima kasih banyak Ronaldinho yang sudah datang dan melawat.
“Ronaldinho hadir di sini untuk mengghairahkan bola sepak Indonesia,” tulis Raffi di ruangan kapsyen.
Viral
Ronaldinho Datang Rumah Raffi Ahmad, Siap Lepak Makan Bakso & Cendol!