Rossa Terharu Terima Sambutan Luar Biasa Di Tayangan Perdana Filem All Access To Rossa 25 Shining Years
17/10/2024 11:49 MYT
Diva pop Indonesia, Datuk Sri Rossa meluahkan rasa terharu dengan sokongan yang diterima sewaktu malam gala tayangan perdana filem dokumentari berjudul ‘All Access To Rossa 25 Shining Years’.
Harap filem dapat diterima
Dalam masa sama, Rossa atau nama lengkapnya Rossa Roslaina Handiyani, 46, turut berharap agar filem dokumentarinya itu diterima baik oleh penonton.
“Saya rasa sangat bahagia pada malam ini, terima kasih atas sokongan yang diberikan pada malam ini untuk Filem Dokumentari All Access To Rossa 25 Shining Years saya.
BERITA TRENDING: “Dua Peguam 'Side' Fattah Amin, Kes Berat Ni” - Netizen
BERITA TRENDING: Cik Epal Jawab Tuduhan Tinggalkan Anak &
BERITA TRENDING: Rossa Buka Panggung Usanita Entertainment, Tampil Jadi Tetamu Talk Show Bersama Awal Ashaari
BERITA TRENDING: 15 Tahun Cerai… Yoyo Padi Akui Masih Sayang, Rossa Menangis Ucap Terima Kasih
“Semoga terhibur dan mengambil pengajaran daripada filem ini,” kongsinya ketika ditemui media sebelum tayangan perdana filem dokumentari tersebut.
Sementara itu, apabila disoal mengenai adakah dia akan mengadakan konsert di Malaysia, pelantun lagu Hey Ladies itu memaklumkan konsertnya dijadualkan berlangsung pada tahun hadapan.
“Insyallah, tahun depan,” jawabnya ringkas.
Antara selebriti tanah air yang turut hadir pada malam tayangan perdana termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fattah Amin, Awal Ashaari, Amir Ahnaf, Bella Astillah, Puteri Sarah Liyana dan ramai lagi.
Sekadar info, All Access To Rossa 25 Shining Years merungkai liku pahit manis perjalanan seni sedari awal penglibatan tahun 1996 menerusi debut Nada-Nada Cinta dan bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 18 Oktober ini.
Selain menjadi bintang utama, Rossa juga turut menjadi produser eksekutif bersama Irwan D. Mussry, P. Intan Sari, Yahni Damayanti, serta Prilly Latuconsina.