,
Berita

Rosyam Nor Perluas Jenama Diri Sendiri Menerusi Bisnes Pasaraya

Elrafaei Sapi
02/06/2018
08:25 MYT
Aktor popular, Datuk Rosyam Nor membuktikan dirinya fokus pada bisnes apabila kini berbangga dengan pembukaan pasaraya jenamanya sendiri.
Pencapaian pelakon berusia 51 tahun mencipta sejarah kerana beliau adalah satu-satunya artis tempatan yang mempunyai bisnes pasaraya jenamanya sendiri.
Rosyam sebelum ini pernah menceburi bidang pertanian menerusi projek tanaman nangka madu J33 dan durian belanda.
Beliau yang masih aktif dalam penerbitan drama di bawah produksi miliknya, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd pernah berdepan kegagalan dalam bidang pertanian ketika mula berkecimpung pada penghujung tahun 2009.
Rosyam memberitahu peminatnya menerusi akaun Instagramnya, pasaraya barunya dikenali sebagai ST Rosyam Mart yang terletak di Setiawangsa, Kuala Lumpur kini beroperasi selama 24 jam.
Menariknya, mulai semalam (1 Jun) beliau juga menawarkan harga borong pada pengunjung yang datang membeli belah.
Ujarnya, pelancaran pasaraya berkenaan akan dilakukan selepas Aidilfitri nanti.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Kuala Lumpur Reporter - Twitter
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Rosyam Nor Buat Laporan Polis! Bakal Heret Individu Sebar Fitnah Kaitkan Namanya Dalam Isu Cerai Fattah-Fazura

gempak
10/10/2024
23:55 MYT
Pelakon, Datuk Rosyam Nor telah membuat laporan polis susulan namanya dikaitkan sebagai pernah menasihati aktor Fattah Amin sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Rosyam Nor Heret Individu Sebar Fitnah Kaitkan Namanya Dalam Isu Cerai Fattah Amin & Fazura Ke Mahkamah - “Korang Tunggu…”

gempak
10/10/2024
05:55 MYT
Pelakon, Datuk Rosyam Nor, 56, bakal mengambil tindakan terhadap individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menggunakan nama dan imejnya untuk bersuara mengenai rumah tangga selebriti Fattah Amin dan Fazura.
Hiburan

Rosyam Nor Rancang Buka Lebih Banyak ST Rosyam Mart Bermula Tahun Depan

gempak
03/08/2024
21:55 MYT
Pelakon Datuk Rosyam Nor mewakili suara kebimbangan pelanggan-pelanggan ST Rosyam Mart mengenai kenaikan harga barang akibat peningkatan harga diesel.
Hiburan

"Kalau Muka Handsome Tapi Tak Ada Bakat, Tak Ke Mana Juga" - Rosyam Nor

gempak
09/07/2024
03:55 MYT
Pelakon versatil, Datuk Rosyam Nor, 57, menyifatkan bahawa karisma seseorang pelakon itu lebih penting berbanding rupa paras yang menarik.
Hiburan

“Saya Dulu Berlakon Macam 'Tahi' Juga” - Rosyam Nor Harap Pelakon Baharu Di Beri Peluang, Jangan Terus Main Kutuk

gempak
30/05/2024
08:30 MYT
Pelakon, Datuk Rosyam Nor berpendapat pelakon baharu harus diberi peluang untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang lakonan.
BorakSeeni