,
Hiburan

Ruhainies Minta Tolong Netizen Pantau Individu Sebar Fitnah & Reka Cerita - “Saya Mohon Followers Untuk Kongsi…”

Asyikin Mayudin
25/06/2024
07:55 MYT
Pelakon Ruhainies memberi amaran kepada mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak menggunakan namanya untuk tujuan meraih publisiti.

Mohon Bantuan Netizen

Ruhainies menerusi Instastory memohon agar pengikut di laman sosial memaklumkan kepadanya jika terdapat pihak yang menyebarkan fitnah serta mereka cerita tidak benar mengenai dirinya.

“Saya mohon juga kepada pengikut-pengikut saya untuk kongsi dengan saya melalui DM jika terdapat mana mana lagi manusia yang tidak bertanggungjawab manabur fitnah dan mereka reka cerita yang tidak berasas.

“Sama-samalah kita bantu untuk ambil tindakan yang sewajarnya,” kata Ruhaines.

Sekat Akaun Sosial Media

Mengganggap apa yang terjadi pada dirinya juga boleh berlaku pada orang lain, Ruhainies turut meminta wargamaya untuk menyekat akaun media sosial pihak tidak bertanggungjawab itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies Like Gambar Di IG, Netizen Sifatkan Aliff Aziz Tak Rasa Bersalah Curang?

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies Berang Individu Buat ‘Kad Undangan Pertunangan’ Guna Namanya – “Saya Tak Halalkan Awak Berbisnes…”

“Mungkin hari ini saya yang kena, hari lain orang yang anda sayang pula. Saya juga mohon untuk korang report page tu di IG dan akaun TikTok mereka juga.
“Terima kasih dan semoga Allah membalas jasa baik semua,” ujar Ruhainies.
Terdahulu, Ruhainies tampil bersuara susulan ada pihak tidak bertanggungjawab bertindak menggunakan namanya dan pelakon Aliff Aziz untuk tujuan meraih publisiti.
Ruhainies meminta pihak tersebut memadam hantaran kad digital majlis pertunangan yang berisi namanya dan Aliff dan memaklumkan bakal mengambil tindakan tegas sekiranya individu tersebut enggan berbuat demilkian.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama Sepi! Aliff Aziz Kongsi Video Cover Lagu Hal Hebat, Tapi Hadkan Ruangan Komen?

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu & Bapa Restu Andai Aliff Aziz & Ruhainies Berjodohan? - "Jika Itu Yang Terbaik, Kita Aminkan"

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Cadang Jadikan Ruhainies Menantu, Ini Respons Ibu Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Juga Memohon Maaf Atas Kekhilafan Anakanda Kami Yang…” - Ibu Aliff Aziz Akan Terus Nasihat Hingga Tutup Mata
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

‘Memerang’ Didakwa Tidak Sesuai Dengan Usia, Ayda Jebat Terima Kritikan Secara Terbuka - “Ini Identiti Saya..”

gempak
28/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat enggan mengambil pusing mengenai kritikan segelintir netizen yang menganggap lagu terbaharunya berjudul ‘Memerang’ tidak bersesuian dengan usia serta statusnya yang kini ibu kepada dua cahaya mata.
Hiburan

Kongsi Video AI Peluk Arwah Bapa, Netizen Sebak Kenang Nasib Fazura - "Tenangkan Dirimu..."

gempak
27/09/2024
01:55 MYT
Pelakon Fazura berkongsi memuat naik video Artificial Intelligence (AI) memaparkan dirinya seakan-akan sedang memeluk arwah bapanya.
Hiburan

Aliff Aziz Nafi Tarik Semula Kes Terhadap Sarah Yasmine, Selesai Kemelut Dengan Cara ‘Final Court Order’

gempak
27/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz menyatakan kes undang-undang yang ditujukan terhadap bekas kekasih gelapnya, Sarah Yasmine masih belum berakhir.
Hiburan

Kemelut Antara Sarah Yasmine & Aliff Aziz Berakhir, Sudah Capai Penyelesaian Cara Baik - "Kami Pernah Terlibat Dalam Pergaduhan..."

gempak
26/09/2024
14:16 MYT
Lama berdiam diri, bekas kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine tampil berkongsi perkembangan berkaitan perintah mahkamah yang diusulkan oleh aktor itu sebelum ini.
Hiburan

Berdiri Atas Satu Pentas Dengan Pelakon Korea, Netizen Terpesona Dengan Kecantikan Siti Saleha

gempak
26/09/2024
08:35 MYT
Pelakon jelita, Siti Saleha meraih tumpuan warganet apabila berada di atas satu pentas bersama aktres dari Korea Selatan, Kim Hye Yoon.
BorakSeeni