Laman Utama

Rumah Dihanyutkan Air, Ebby Yus Reda Ketentuan Allah – “10 Peratus Lagi Nak Siap, Tapi…”

gempak
Fiza Kamarudin
19/12/2021
23:35 MYT
Sponsor Banner
Rumah Dihanyutkan Air, Ebby Yus Reda Ketentuan Allah – “10 Peratus Lagi Nak Siap, Tapi…”
Pelakon dan pelawak Ebby Yus reda dengan ketentuan Allah apabila rumahnya musnah dihanyutkan air deras dalam bencana banjir di Hulu Langat, Selangor, Sabtu lalu.
Menurut Ebby, rumah tersebut yang sedang dalam pembinaan dan hampir siap.
“Rumah itu tinggal 10 peratus lagi nak siap termasuk proses memasang wall paper dan touch-up sikit-sikit.
“Rumah itu dibina menggunakan separuh batu dan separuh kayu. Inilah rumah impian saya sejak lebih 30 tahun berkecimpung dalam dunia seni...
“Tetapi tidak mengapalah, saya reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya tenang.
Dalam pada itu, Ebby sempat berkongsi mengenai ‘kenangannya’ bersama rumah yang dibina di tanah seluas setengah ekar itu.
“Rumah itu ‘naik’ sikit-sikit sebab pandemik Covid-19 dan saya sakit. Bertukar kontraktor pun ada juga kerana masalah tidak terduga... Jadi lambatlah sikit siapnya.
“Kalau nak cerita tentang kenangan, setiap kali dapat bayaran berlakon saya simpan untuk rumah itu.
“Kali terakhir selepas dapat bayaran daripada penerbit sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK), saya selesaikan baki bayaran projek pembinaan rumah itu,” katanya.
Ebby berkata dia dan pembantu peribadi sempat melihat kerja-kerja pembinaan rumah terbabit satu jam sebelum kawasan penempatan tersebut dilanda banjir.
“Saya pergi lihat rumah dan keluar kira-kira satu jam sebelum bencana alam itu berlaku.
“Alhamdulillah, saya selamat dan baik-baik sahaja. Sekarang ini saya di rumah sewa di Kampung Baru.
Terima kasih kepada yang bertanya dan mengambil berat,” katanya.
Bencana alam itu mengakibatkan Ebby atau nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid kerugian hampir RM200,000.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live