Laman Utama
Rumah Nenek Rohana Dah Siap!
Masih ingatkah anda pada kisah seorang warga emas yang kehilangan rumah pusaka berusia 53 tahun selepas dibadai banjir besar 18 Disember tahun lalu?
Selepas hampir setahun, Rohana Mahfuz mampu tersenyum gembira apabila teratak baharu yang dijanjikan oleh pendakwah bebas Ebit Lew buat dirinya telah siap dibina.
“Sebak rasa pagi ni. Ziarah Nenek Rohana, 76, yang rumahnya hanyut banjir cuma tinggal tangga di Hulu Langat. Masa tu satu Malaysia tular kisah nenek ni. Kami bantu bina semula rumah baru. Hadiahkan rumah baru untuknya. Ini semua dari Allah.
Advertisement
“Menangis nenek tadi ucap terima kasih dan memberi semangat baru untuknya. Beliau lemah masa tu dan tak kuat.
“Kini menangis terharu melihat kasih sayang Allah padanya. Bersungguh-sungguh ajak saya datang bawa keluarga mandi-mandi sungai di belakang rumahnya,” katanya menerusi kemas kini di Facebook.
Ebit kemudian mengucapkan terima kasih kepada ASL Construction Malaysia yang bertanggungjawab membina semula rumah baharu buat Nenek Rohana.
“Banyak lagi rumah lain yang kami bina selalu minta bantuan mereka. Mereka tak berkira dan kerjanya cantik kemas. Terima kasih semua yang bersama Pertubuhan Kasih Umat Malaysia selama ini. Terima kasih semua adik beradik yang sangat baik, jiran tetangga dan masyarakat Malaysia yang baik.
“Syukur kita bersama dapat menggembirakan seorang wanita seperti mak kita. Ya Allah berilah kesihatan buat Nenek Rohana dan bahagiakan hatinya dan jagalah dirinya sentiasa. Terimalah sedikit usaha kami ini. Hanya reda Mu yang kami harapkan,” tutup Ebit.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video