gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
LIMA'25: Trak Bawa 25 Anggota Tentera Kemalangan
HIBURAN
Bisikan Terlarang: Pasangan Ajak Tinggal Dengan Mentua? Ramai Pilih ‘Tidak’ Sebab…
BERITA
Nak Bergaya Dengan Tumit Tinggi, Kena Dapatkan Permit Dulu
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Rumah Terbakar, Tinggal Sehelai Sepinggang...Keluarga Ini Jadikan Kereta Sebagai Rumah

gempak
Asraf Aided
25/12/2020
06:20 MYT
Sponsor Banner
Rumah Terbakar, Tinggal Sehelai Sepinggang...Keluarga Ini Jadikan Kereta Sebagai Rumah
Selepas rumah yang didiami terbakar, seorang pengawal keselamatan, S Ganesh tiada pilihan lain selain daripada membawa isteri dan tiga orang anaknya termasuk bayi berusia lapan bulan tinggal dalam kereta, lapor AWANI.
Selama lapan bulan, Ganesh menjadikan kereta sebagai tempat berlindung dari panas dan hujan.
Bukan sekadar menjadikan kereta sebagai ‘rumah’ bahkan, malah lima beranak ini juga terpaksa mengikat perut dan mencatu makanan demi kelangsungan hidup.
Kisah sedih Ganesh, 34, dan isteri serta tiga anak termasuk bayi berusia lapan bulan itu bermula selepas kediaman keluarga itu di Lebuh Carnavon, Georgetown musnah dalam kebakaran April lalu menyebabkan mereka sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.
Berikutan tiada tempat tinggal, mereka terpaksa tinggal di dalam kereta kerana gaji yang diterima Ganesh sebagai pengawal keselamatan tidak mampu membiayai sewa rumah.
Sejak itu, Ganesh bersama isteri, Parameswari yang ketika itu sedang sarat mengandung anak ketiga serta dua anak perempuan berusia lapan dan enam tahun menjadikan tandas awam untuk mendapatkan sumber air dan membersihkan diri.
Apa yang turut meruntun emosi ialah apabila isteri Ganesh terpaksa melalui proses berpantang di dalam kereta selepas melahirkan anak bongsu mereka.
Menurut Ganesh, sudah dua kali dia membuat permohonan bagi menyewa unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) namun masih tiada jawapan daripada kerajaan negeri.
“Saya sudah memohon rumah PPR, tapi tak dipanggil. Gaji saya kecil tak cukup untuk bayar sewa rumah, nak beli barang keperluan anak pun tak cukup,” kata Ganesh.
Ganesh berkata, setiap hari dia sekeluarga hanya mengalas perut dengan mi segera atau kuih berasaskan tepung yang dimasak menggunakan dapur kecil.
Malah, bayinya yang menyusu badan pernah diberi minum air suam dan air kopi manakala dua anak hanya diberi biskut ketika mereka terputus bekalan makanan.
Katanya, wang gaji sebanyak RM1,200 sebulan digunakan sebaiknya bagi membeli lampin pakai buang, mengisi minyak kenderaan dan membaiki kerosakan kereta.
Nasib malang keluarga itu mendapat perhatian daripada Persatuan Hindu Pulau Pinang yang mengunjungi Ganesh sekeluarga.
Presidennya, P Murugiah berkata, pihaknya kini berusaha memberi sumbangan makanan kepada kepada keluarga berkenaan sejak beberapa hari lalu.
Malah mereka juga akan membiayai kos penginapan di hotel bajet sehingga permohonan bagi menyewa rumah PPR diluluskan.
Sumber : Astro AWANI // Nur Harasha Alias
Topic Berkaitan
#Rumah Terbakar
#Ganesh
Must-Watch Video