Rupanya Ahli Sihir Pantang Bau Kanak-Kanak! Ini 8 Sebab Anda Kena Tonton The Witches!
Bayangkan anda bertemu sekumpulan ahli sihir dan kemudiannya disumpah menjadi tikus, apakah yang anda perlu lakukan?
Begitulah tegangnya situasi dialami watak kanak-kanak dalam filem magis terbaru The Witches.
Filem diadaptasi daripada novel popular ini merupakan sebuah filem fantasi komedi yang diarahkan oleh Robert Zemeckis dan bakal menemui anda bermula 29 Februari ini.
Namun, sebelum itu apa kata anda lihat lapan perkara menarik yang menjadikan filem ini wajib anda tonton.
#1 Kasih Sayang Keluarga
Filem ini memaparkan elemen kekeluargaan yang cukup kuat.
Namun dengan ada neneknya lakonan hebat Octavia Spencer, kehidupan Hero kembali ceria.
Anda boleh lihat bagaimana neneknya membesarkan Hero. Pasti ada yang mengimbau kenangan bersama nenek dan datuk mereka, cukup tersentuh!
Sesuai sangat ditonton bersama keluarga, lebih akrab di saat kita berdepan pandemik ini.
#2 Dunia Klasik Penuh Glamor!
Sekali pandang, filem ini mempunyai kelas dan auranya tersendiri.
Dengan berlatar belakang tahun 1960, filem ini menampilkan elemen klasik cukup unik. Memang tiada lah bayang telefon pintar mahupun gajet di zaman ini.
Jangan tak tahu juga filem ini menjalani penggambaran di Alabama, Amerika Syarikat sekali gus menjanjikan pemandangan dan sinematografi hebat.
Daripada jenis kereta, cara pemakaian, props, semuanya dipaparkan pada area 60-an.
Anda pasti akan terpukau dengan ‘vibe’ klasik namun pada masa sama sangat glamor. Tak percaya kena lah tonton!
#3 Memperkenalkan...Hotel Grand Orleans Imperial Island!
Apa yang menariknya tentang filem ini, seni bina ditampilkan dalam filem ini banyak dipengaruhi oleh stail Antebellum.
Malah, anda akan menyaksikan penggunaan elemen ini menerusi babak di Hotel Grand Orleans Imperial Island.
Tidak kiralah dari sudut tiangnya, balkoni, mahupun ruang dewannya, semuanya menerapkan elemen ini.
Paling menyerlah sudah tentunya, kamar tidur Grand High Witch lakonan Anne Hateway yang dilengkapi dekorasi serba mewah. Penuh ciri-ciri eropah!
#4 Pertarungan Magis Memukau!
Buat peminat genre filem sebegini, The Witches menampilkan aksi yang cukup mengasyikkan.
Pernah lihat manusia bertukar menjadi ayam mahupun tikus? Atau anda mahu melihat ahli sihir hangus terbakar menjadi debu selepas disambar kuasa Grand High Witch?
Hebat bukan? Banyak sebenarnya aksi menarik dipaparkan dalam filem ini.
Malah, pengunaan grafik & kesan khas imej janaan komputer (CGI) juga sangat ‘on point’.
#5 Fesyen Penuh Ikonik!
Buat penggemar fesyen pastinya filem ini untuk anda!
Siapa kata ahli sihir berpakaian hodoh? Tidak bagi The Witches kerana masing-masing berpakaian penuh glamor.
Lihat saja bagaimana, Grand High Witch dengan rambutnya, solekannya, gaya fesyennya, semua on point!
Begitu juga ahli sihir lain, semuanya menggayakan fesyen penuh elegan lengkap bersarung tangan.
Tak mustahil filem ini boleh juga digelar sebagai filem glam!
Fakta menarik: Penampilan Anne Hateway dikatakan memberi penghormatan kepada ikon fesyen tahun 1960-an bermula daripada Jackie O hingga Marilyn Monroe dan supermodel Sweden-Jerman Nena von Schlebrügge.
#6 Menyeramkan...Ini Tanda-Tanda Seorang Ahli Sihir?
Jangan terkejut jika anda melihat wanita cantik tanpa jari kaki, tiada tangan mahupun rambut. Semua itu adalah jentera ahli sihir dalam filem ini.
Difahamkan, proses tersebut menggunakan khidmat pasukan pakar dalam menghasilkan efek sedemikian.
Terdapat enam penampilan berbeza dibuat hanya untuk watak Grand High Witch merangkumi 17 topi, 22 pasang sarung tangan, 17 sarung kepala, 198 penyambung jari dan lapan pasang kaki tanpa jadi. Creepy kan!
Fakta Menarik: Sambungan jari palsu ini kerap tertanggal daripada jari pelakon.
#7 Cantik Luar Dalam? Nahhh, Bukan Untuk Ahli Sihir!
Betul lah kata orang jangan sesekali nilai indvidiu itu daripada kecantikan luaran saja.
Di saat mereka kelihatan cantik di luar, sebenarnya terdapat ‘kuasa jahat’ menyelubungi ahli sihir ini terutama Grand High Witch.
Susah nak digambarkan kejahatannya, namun anda perlu tonton dan nilaikannya sendiri.
Anda pasti terkejut dengan perancangan dibuat Grand High Witch!
Fakta Menarik : Anne Hathaway yang membawa watak Grand High Witch rupanya membesar membaca buku Roald Dahl.
Menurutnya, dia faham apa perasaan kanak-kanak yang ketakutan dan disebabkan itu dia mampu membawa watak jahat tersebut dengan mudah dan menyeramkan!
#8 Kisah Menarik Di Sebalik Pandemik
Rupanya terdapat kisah di sebalik penggambaran filem ini.
Kalau anda nak tahu, Kristin Chenoweth yang membawa watak tikus Daisy terpaksa menjalani perintah berkurung atau ‘lockdown’ di New York.
Tidak mampu untuk ke set penggambaran, teman lelaki Kristin sebaliknya mengubah bilik tidurnya menjadi sebuah studio.
Watak tikus itu akhirnya berjaya dihidupkan dengan menggunakan segala kelengkapan yang ada termasuklah telefon pintar dan komputer. Hebat bukan?
Bagaimanalah hasilnya nanti? Kena tontonlah!
Selain itu juga watak Grand High Witch sepatutnya menggunakan loghat atau dialek Scandinavian, namun Anne Hathaway merasakan ia agak sukar untuk ditiru.
Dia kemudian menukarkannya kepada loghat lama dikenali sebagai Old Norse.
Hasilnya? Suara dan gaya digunakan kedengaran lebih tepat, besar, menyeramkan dan dramatik.Tayangan Eksklusif Bermula 29 Januari Ini!
Melihat pada lapan perkara menarik di atas, pasti anda tidak sabar menonton The Witches bukan!
HBO bakal membawa filem ini terus ke rumah anda, jadi tidak perlu untuk keluar menonton wayang di saat pandemik ini.
Anda hanya perlu duduk secara selesa di rumah bersama keluarga dan terus menonton filem lakonan hebat aktress bertaraf Oscar Anne Hathaway.
The Witchers bakal ditayangkan secara eksklusif bermula 29 Januari ini.
Strim secara On Demand menerusi Ultra Box, Astro GO dan HBO GO.