Skip to main content

Hiburan

Syifa Melvin Dah ‘Hilang Sabar’ Dengan Bekas Adik Ipar - “Aku Ini Memang Neutral Dari Awal…”

Syifa Melvin

Sekilas

  • Syifa Melvin tampil bersuara selepas bekas adik iparnya didakwa bercakap buruk tentang ibu bapa mereka.
  • Syifa menegaskan mereka selama ini berdiam diri demi kebajikan anak-anak Syida, walaupun bekas adik ipar itu gagal jalankan tanggungjawab sebagai bapa.
  • Syifa juga menafikan pernah menghasut adiknya dan mengaku tetap melayan bekas adik iparnya ketika dia datang memujuk Syida.
Advertisement

Pempengaruh Syifa Melvin tidak dapat berdiam diri lagi selepas mendakwa bekas adik iparnya bercakap buruk mengenai ibu bapanya. 

 

Advertisement

Syifa berkata mereka sekeluarga sebelum ini memilih untuk berdiam diri kerana masih memikirkan kebajikan anak-anak Syida yang disayangi mereka.

 

Bagaimanapun, Syifa mendakwa bekas adik iparnya itu bukan sahaja gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa, malah turut mengeluarkan kata-kata buruk terhadap ibu bapa mereka.

Advertisement

 

“Kalau boleh kami tak mahu langsung beritahu perangai/apa dia buat sampai Syida fail cerai bagai, sebab kami fikir dia seorang ayah kepada anak-anak buah yang kami sayangi.

 

“Tapi sebagai ayah pun kau tak jalankan tanggungjawab, lagi kutuk ibu bapa kita orang… nak jaga lagi ka, poooorah,” kongsi Syifa menerusi hantaran di Threads. 

 

Dalam pada itu, Syifa turut menjelaskan  dia selama ini cuba bersikap neutral dan tidak pernah berniat menghasut adiknya dalam membuat keputusan berkaitan rumah tangga.

 

Malah, Syifa mendakwa dia tetap melayan bekas adik iparnya itu ketika lelaki berkenaan datang ke rumahnya untuk meminta bantuan memujuk Syida.

 

“Aku ni memang neutral dari awal, tak pernah nak hasut apa-apa. Hang mai rumah aku suruh pujuk Syida pun aku layan ja.

 

“Tapi kami semua tau tu semua topeng… Lani hang jawab la sendiri taik yang hang sendiri lumoq,” tegasnya lagi. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement