Siapa sangka Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid mempunyai sisi romantis apabila bersama dengan isterinya.

Isteri Ustaz Don, Husna Mohd Zahry terkejut apabila suaminya datang ke hospital tempatnya bekerja untuk membuat kejutan sempena hari jadinya.

Husna yang merupakan seorang doktor di hospital kerajaan itu menceritakan saat bagaimana dia dikejutkan dengan kehadiran suami bersama kek, sejambak bunga, coklat dan belon.

"Jururawat di kaunter telefon dan memberitahu ada seorang pesakit mahu berjumpa dan bercakap dengan saya di meja hadapan.

"Ingatkan apa la yang tak puas hati sangat sampai tak mahu masuk bilik berjumpa dengan saya secara peribadi.

"Dalam hati dan 'mengomel' sendiri kerana hari ini saya tidak berapa sihat.

"Saya pun keluar dari bilik dan terus ke kaunter, tiba-tiba ada seseorang pegang tangan saya dan bawa saya ke troli yang penuh dengan hadiah.

"Rupa-rupanya 'patient' itu encik suami yang datang bawa hadiah hari jadi.

"Jururawat di kaunter sudah mula ketawakan saya.

"Terima kasih semua yang menjayakan kejutan hari ini dan juga ucapan serta doa yang diberikan," tulisnya di akaun Instagram (IG) peribadinya.

Menerusi entri tersebut, Husna memuat naik fotonya bersama Ustaz Don dan hadiah yang dibawa.

Rata-rata pengikut IGnya memuji sikap romantis Ustaz Don kepada isterinya.

Husna turut dihujani ucapan tahniah dan selamat hari lahir.

Nurse at the counter called my room saying a patient wanted to talk to me at the front desk. Ingatkan apaaa la yg tak puas hati sgt smpai taknak masuk bilik personally jumpa, dalam hati dh mengomel sebab harini saya pun tak berapa sihat. Walked out of my room and headed straight for the counter, suddenly someone grabbed my hand and brought me to a trolley laiden with gifts. Rupa-rupanya ‘patient’ tu encik suami datang bwk hadiah birthday in advance ? Nurses kat counter pun dah gelak2. Haha. Tq semua yang menjayakan surprise harini and also for all the wishes n prayers ♥️

A post shared by husnazahry (@husnazahry) on

Foto: Instagram Husna Zahry
Teks oleh: Syafiqah Jalal