Jutawan cilik Ryan, 6, yang terkenal menerusi salurannya di YouTube Ryan ToysReview kini melancarkan permainan kanak-kanak jenamanya sendiri.

Permainan seperti slime, anak patung, termasuk pakaian jenamanya akan mula dipasarkan di pasaraya terkemuka Walmart Inc bulan hadapan.

Menurut Walmart, Ryan telah bekerjasama dengan PocketWatch memilih sendiri 13 jenis permainan dan pakaian yang akan dijual di bawah nama Ryan's World.

Permainan yang dijual turut disertakan dengan hadiah misteri itu akan mula dijual di Walmart pada 6 Ogos ini.

Kanak-kanak lelaki yang hanya dikenali dengan nama Ryan ini, mula terkenal hanya dengan menjadi ‘pengulas’ mainan di YouTube.

Ia bermula apabila ibu bapanya merakamkan gelagatnya bermain permainan Lego pada usianya 3 tahun dan memuatnaik video tersebut di YouTube.

Saluran YouTube Ryan ToysReview mempunyai lebih daripada 15 juta langganan dan telah mencecah lebih daripada 23 bilion penonton sehingga kini.

Sumber: Astro Awani