Sepotong klip video di TikTok memaparkan aksi seorang remaja lelaki mandi menggunakan berbotol-botol air mineral mengundang pelbagai reaksi netizen.

Rata-ratanya mengecam tindakan remaja terbabit yang disifatkan membazir dan tidak sensitif dengan isu semasa terutama di negara yang berdepan krisis air.

"Kau ingat kau Michael Jackson? Mandi air biasa tak boleh ker?

"Kau dengar sini, dekat Zimbabwe, Uganda sana bukan main susah orang nak dapat air bersih, kau boleh buat mandi jer air mineral? Bapa kau menang PRN eh?" jerit individu yang merakamkan aksi remaja berkenaan.

@amirulasyari apa bende mandi air biasa, orang mandi mineral water muarra ph7.6 wei. Kerak atlet aku auto hilang ? Haih tp ada plak member panas nengoknya! ?#fyp ♬ original sound - amirul.asyari

Hal itu kemudiannya mendapat perhatian pengasas Strawin Food Industries Sdn Bhd, Mohamad Faruqi Mohamad Nazri yang tampil mengulas mengenai situasi terbabit.

"Pagi ini saya dikejutkan dengan posting di Twitter yang dikaitkan dengan kami. Video TikTok seorang remaja bernama Amirul mandi dalam tub menggunakan air mineral Muarra keluaran kami.

"Tindakan itu dimarahi seorang lelaki yang dipercayai kenalannya. Pelbagai tindak balas daripada pengguna Twitter, ada yang mengecam, ada yang memuji.

"Saya sendiri mengambil perhatian atas perkara ini. Produk ini merupakan air mineral dengan kadar pHnya 7.6, lebih beralkali dan baik untuk kesihatan kulit.

"Muarra juga merupakan penaja rasmi kepada KL City Football Club dan MUFC yang mula beroperasi di Melaka. Kini sedang berkembang seluruh semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak.

"Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada pihak Amirul yang mandi menggunakan produk Muarra itu. Kalau dia tak buat, mungkin kita tak tahu manfaat air mineral.

"Mungkin nanti kita boleh jemput pakar terutama dermatologis untuk mengulas mengenai mandi air mineral. Terima kasih kerana menyokong Muarra," ujarnya.




Sehingga kini video di TikTok itu telah mendapat lebih 157,000 tontonan dan 100,000 tontonan serta 400 ulang kicau di Twitter.