Berita

"Sakit Beranak Pun Belum Lupa" - Betty Rahmad Minta Netizen Henti Tanya Soal Tambah Anak

gempak
ZULHILMI JALIL
27/11/2019
09:25 MYT
Sponsor Banner
"Sakit Beranak Pun Belum Lupa" - Betty Rahmad Minta Netizen Henti Tanya Soal Tambah Anak
Pelakon Betty Rahmad meminta agar netizen berhenti daripada terus bertanyakan mengenai perancangannya untuk menambah cahaya mata lagi.
Betty, 37, berkata, soal memiliki anak merupakan perkara yang disifatkan sebagai hal peribadi dan sensitif.
"Oh jangan ada yang sibuk komen 'Wira nak adik, bila nak nombor dua, Wira bosan tak ada kawan, ada ambik pil perancang?' atau sebagainya.
"Tak payah buat-buat pandai! Simpan komen tu untuk diri sendiri dan keluarga korang ok. Wira dan mummy daddy dia ok gembira je. Soal ada anak, tak ada anak, tambah anak ni semua soal peribadi dan sensitif yang kita tak perlu sibuk dan memandai," luahnya di Instagram.
Bahkan menurut Betty, dia juga belum ada perancangan untuk menambah anak dalam masa terdekat.
"Kalau korang nak beranak 10 pun beranaklah saya tak kisah. Jangan tentukan hidup orang lain. Biar orang yang mengandung, beranak, menyusu, jaga anak yang buat keputusan bila dia nak ada anak!," luahnya.
Katanya, buat masa sekarang, dia mahu memberikan fokus untuk membesarkan anak sulungnya, Ardy Wira Ardy Shafiq yang kini baru berusia 10 bulan.
"Saya tak bersedia dari segi mental dan fizikal. Sakit beranak pun belum lupa atau pulih sepenuhnya.
"Buat masa ni saya tengah enjoy setiap momen dengan hero kecil saya yang sedang membesar dan perlu kasih sayang dan perhatian mummy dan daddy dia. Ok jangan tanya soalan tu lagi ok!," tulisnya.
Adik kepada pengarah Erma Fatima itu mendirikan rumah tangga dengan Ardy Damis, 32, pada Februari 2018.
Hasil perkongsian hidup itu, Betty dikurniakan cahaya mata pertama, Ardy Wira pada 19 Januari lalu.
Mummy & Daddy with Aisya Humairah my babygirl. Adik susuan @ardywira_ ? . Oh jangan ada yang sibuk comment “Wira nak adik, bila nak no 2, Wira boring takde kawan, ada ambik pil perancang?” atau sebagainya. Tak payah buat buat pandai! Simpan comment tu untuk diri sendiri & family korang ok. Wira dan mummy daddy dia ok happy je. Soal ada anak, takde anak, tambah anak ni semua soal personal & sensitive yang kita tak perlu sibuk dan memandai. . Ada anak bukan sekadar mengandung dan beranak. Nak jaga, nak besarkan & nak bagi makan, pakai, sekolah dan semua yang terbaik untuk dia. Zaman sekarang bukan murah pulak tu! How do you choose quality over quantity? . As for me, i tak ready dari segi mental & fizikal. Sakit beranak pun belum lupa atau fully recover. Yes Alhamdulillah syukur Wira is such an easy baby. Tapi dia sama je macam baby lain yang lalui fasa beralih bulan, tumbuh gigi, cranky, mood swing etc . And alhamdulillah until today i still breastfeed him and pump every 3-4hr even at night time masa korang yang suruh i ‘beranak lagi’ tengah lena tidur dibuai mimpi . So moral of the story, jangan sibuk hal orang. Kalau korang nak beranak 10 pun beranak lah i tak kisah. Jangan tentukan hidup orang lain. Biar orang yang mengandung, beranak, menyusu, jaga anak yang decide bila dia nak ada anak! . Buat masa ni i tengah enjoy every moment with my lil hero yang sedang membesar dan perlu kasih sayang dan attention mummy & daddy dia. Ok jangan tanya soalan tu lagi ok! Ok penat bebel bye? @bugaboosea_ #ardywira #bettyanddamis #10monthsold
A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live