Laman Utama
Salah Makan Ubat, Suami Ayda Jebat Alami Alahan Teruk - “Susah Nak Bernafas”
Suami kepada pelakon dan penyanyi Ayda Jebat iaitu Nabil Mahir berdepan detik cemas apabila bahagian matanya mengalami bengkak sehingga tidak dapat dibuka gara-gara alahan yang teruk.
Terpaksa menerima rawatan di hospital, Nabil menerusi laman sosial miliknya memberitahu dadanya juga berasa ketat disebabkan alahan tersebut.
"Kesan alahan, dah rasa ketat dada. Inilah pentingnya perlu lebih peka dengan apa yang kita alah. Ke saya nak buat cerita gebang cakap ini (bengkak) sebab bertumbuk tadi? Apa pun tolong sentiasa berhati-hati," kongsi Nabil.
Sementara itu, isterinya, Ayda Jebat memaklumkan punca alahan yang dialami suaminya itu disebabkan tersalah mengambil ubat.
"Semalam Nabil tersalah makan ubat, rupanya dia alah dengan ubat tersebut. Nak bawak Ana Nayla (anak) check up mata (sebab tiba-tiba mata berair dan banyak taik mata), tiba-tiba Dadaa (panggilan Nabil) dia lagi teruk.
"Mata tak boleh buka sampai susah nak bernafas, pergi emergency terus, nasib baik kita memang kat hospital," katanya.
Dalam pada itu, pelantun lagu Pencuri Hati itu turut berpesan kepada orang ramai untuk lebih cakna tentang jenis ubat yang diambil.
"Jadi penting untuk tahu ubat atau makanan apa kita allergic! Jangan buat main! Siapa pernah kena macamni komen dekat bawah! Ada yang cadang buat allergic test. Nanti kita pergi. Doakan dia cepat baik.
"Kalau korang dah tahu korang allergic apa, elak la walaupun kawan ke sesiapa cakap ‘ala makan sikit je bukan mati pun’. Tolong faham allergic ni bahaya," pesan Ayda.
Must-Watch Video