,
Laman Utama

“Salah Satu Syarat Wajib Di Dubai” - Sasha Saidin & Suami Terlepas Aksi Harimau Malaya Gara-Gara…

Azwa Rahman
16/06/2021
08:15 MYT
Penyanyi dan pelakon Sasha Saidin tidak dapat menonton perlawanan skuad Harimau Malaya menentang Thailand di Stadium Al Maktoum, Dubai semalam berikutan tidak sempat melakukan ujian saringan COVID-19.
Menerusi laman sosial Instagram, Sasha memaklumkan setiap orang perlu mengambil ujian saringan COVID-19 sebagai salah satu syarat untuk masuk ke stadium bagi menonton sebarang acara sukan di Dubai.
Namun, meskipun dia tidak dapat menyaksikan aksi Malaysia menentang Thailand secara langsung, Sasha tetap memberikan sokongan padu pada pasukan bola sepak kebangsaan itu.
“Disebabkan semalam tak dapat ambik PCR test yang merupakan salah satu syarat wajib untuk masuk ke stadium untuk menonton apa-apa acara sukan di Dubai, maka tak dapatlah kami join penyokong-penyokong #HarimauMalaya lain memberi sokongan padu pada malam ini.
“But im sure the team will do their best in their last match here in UAE tonight,” tulis Sasha di ruangan kapsyen.
Sebelum ini, Sasha, 44, dan suaminya Sirhan Wahab, 43, hadir memberikan sokongan kepada pasukan Harimau Malaya sewaktu perlawanan pertama menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam pada aksi kedua.
Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya memberikan pujian kepada Sasha di atas semangat kesukanan yang ditunjukkan dan turut sama memberikan sokongan padu kepada skuad bola sepak negara.
Pada saingan kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berlangsung pada jam 12.45 pagi (waktu tempatan), skuad Harimau Malaya akhirnya berjaya menebus maruah negara apabila menundukkan Thailand 1-0.
Gol dijaringkan oleh penyerang Safawi Rasid menerusi sepakan penalti pada minit ke-52.
Sekadar info, Sasha, 44, kini menetap di Dunai selepas berkahwin dengan suaminya Sirhan, 43, pada Januari tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Pestabola Merdeka: Malaysia Juara, Akhiri Badi 14 Tahun

gempak
08/09/2024
15:59 MYT
MALAYSIA muncul juara Pestabola Merdeka 2024 setelah mengejutkan pasukan di ranking ke-116 dunia, Lubnan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Sukan

Harimau Malaya Bakal Miliki Pemain Bernilai RM72 Juta

gempak
08/09/2024
08:25 MYT
Skuad Harimau Malaya berpeluang menambah lagi kekuatan di jentera tengah mereka selepas pemain Burnley FC, Josh Brownhill didakwa memiliki darah Malaysia menerusi neneknya.
Terkini

Faisal Halim Sebak Tak Dapat Bersama Harimau Malaya

gempak
30/08/2024
13:25 MYT
Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim tidak dapat menahan sebak ketika menjejakan kaki ke Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Kelana Jaya pada Khamis.
Sukan

Harimau Malaya Tewaskan Taiwan, 3-1

gempak
12/06/2024
05:24 MYT
Harimau Malaya menghidupkan sisa-sisa perjuangan dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 apabila bangkit menewaskan Taiwan 3-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Sukan

Ranking FIFA: Indonesia Kembali Atasi Malaysia, Kini Di Tangga Ke ...

gempak
12/06/2024
03:55 MYT
Pasukan bola sepak Indonesia berjaya lolos ke Pusingan ke 3 Piala Dunia sekaligus menempah slot ke Piala Asia 2027 apabila menewaskan Filipina 2-0 malam tadi.
Unitar