Tidak salah untuk katakan filem arahan Yusuf Yunus, Kalut Nak Kahwin adalah sebuah naskah komedi yang menghiburkan untuk ditonton.

Kalut Nak Kahwin dibarisi oleh pelakon hebat tanah air seperti Amerul Affandi, Anas Ridzuan, Salih Yaacob, Kartina Aziz, Aloy Paradoks dan ramai lagi.

Menurut Yusuf, pelbagai senario dan telatah lucu itu yang sering terjadi sepanjang penggambaran filem tersebut dijalankan.

Untuk itu, Gempak bawakan kepada anda 3 momen menarik yang berlaku disebalik pembikinan Kalut Nak Kahwin:

#1 Salih Yaacob request nak ‘Rongak’

Meskipun terdapat beberapa bahagian gigi yang hilang pada pelakon Salih Yaacob, Yusuf menerima baik permintaan aktor itu untuk tidak mengenakan gigi palsu.

“Dia sendiri bagi tahu saya dia nak berlakon tanpa pakai gigi palsu, biar ‘rongak’. Jadi sebagai pengarah saya terima permintaan abang Salih.

“Dia kata untuk nampak lebih real sebabnya jalan cerita filem itu di kawasan perumahan flat, abang Salih kata orang flat santai dan sempoi je selalu,” katanya ketika ditemui Gempak.

#2 Pelakon belanja makanan dekat set

Selain gelagat barisan pelakon yang sering menghiburkan suasana, Yusuf turut berkongsi sikap pelakon Chelsea Ang yang sering bersedekah makanan.

“Chelsea suka belanja makanan pada kami semua masa dekat set, hampir tiap hari dia datang bawa juadah untuk kami seperti roti, ice cream dan macam-macam lagi.

“Bila kami tanya kenapa selalu belanja makanan, dia beri tahu itu sedekah untuk kawan-kawan, supaya semua gembira dan dia sendiri suka makan,” ujar Yusuf.

#3 Penulis skrip berlakon sama

Penulis skrip Kalut Nak Kahwin, Aloy Paradoks tidak hanya menumpahkan ideanya dalam penulisan naskah itu, malah dia turut berlakon sama dalam filem berkenaan.

“Aloy memang sering buat macam tu bila sesebuah naskah itu skripnya ditulis oleh dia, Aloy akan turut serta berlakon sekali,” kata Yusuf.

Aloy memegang watak sebagai Sulaiman yang merupakan kawan baik kepada Mustaqim, dilakonkan oleh Amerul Affendi.

Kalut Nak Kahwin mengisahkan keadaan hari majlis pernikahan dan persadingan Munirah yang menjadi kalut apabila Kawasan flat kediamananya mengalami gangguan air. Sebagai anak sulung, Mustakim berusaha menyelesaikan masalah dan memastikan hari Bahagia adiknya dapat diteruskan

Selain masalah air, banyak hal lain berlaku seperti insiden kebakaran, tok kadi yang mempunyai urusan lain dan pelamin yang tidak sempat siap. Di atas semangat kejiranan, semua penduduk flat cuba membantu walaupun semuanya dalam keadaan kalut.

Kalut Nak Kahwin kini sudah mula ditayangkan di pawagam rumah anda bermula 4 Ogos menerusi saluran Astro First (480). Langgan sekarang untuk menyaksikan lebih banyak filem menarik.

A post shared by Astro First (@astrofirst.official)