,
Berita

Sam Bunkface Tamatkan Zaman Duda, Pilih Puteri Eifa Ezrin Sebagai Teman Hidup, Tahniah!

ZULHILMI JALIL
10/12/2020
12:55 MYT
Penyanyi Sam Bunkface berkongsi berita gembira apabila memaklumkan bahawa dirinya sudah selamat mengakhiri zaman duda.
Pengumuman itu dibuat Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Mohd. Baharom, 32, menerusi satu entri di Instagram.
"Salam Jumaat semua. Di sini Sam ingin kongsi yang Sam sudah menikahi Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi.
"Doakan yang baik-baik untuk kami. Alhamdulillah," tulisnya.
Dalam entri tersebut, Sam turut berkongsi beberapa keping foto perkahwinan dirinya.
Bagaimanapun, butiran mengenai perkahwinan itu tidak didedahkan.
Sementara itu, usaha Gempak menghubungi Sam sendiri gagal apabila panggilan telefon tidak berjawab sehingga artikel ini ditulis.
Sebelum ini Sam pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit rancangan, Aida Azira Hussin pada 25 April 2015.
Bagaimanapun, pasangan tersebut bercerai pada Januari 2019.
Menerusi perkahwinan pertamanya, Sam mempunyai seorang anak lelaki, Maleeq yang kini berusia tiga tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Penyanyi Wanita Terkenal Kelantan Ditahan Bersama Pil Kuda?

gempak
02/11/2024
06:20 MYT
Seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam individu yang ditahan oleh pihak polis Thailand bersama ribuan biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pagi semalam.
Hiburan

'Duda Hot' Fattah Amin Masih Dominasi Carta GMW!

gempak
02/11/2024
03:00 MYT
'Duda terhangat di pasaran' Fattah Amin masih mendahului carta kategori Selebriti Trending selepas Anna Jobling, Meerqeen, Jazmy Juma dan Scha Elinnea.
Hiburan

"Jaga Isteri Sendiri, Tak Perlu Nasihat Kepada Duda-Duda Lain Macam Mana Nak ..." - Fazley Yaakob

gempak
01/11/2024
09:25 MYT
Cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob tampil menitipkan pesan kepada golongan lelaki khususnya suami yang masih berkahwin untuk menjaga isteri sendiri.
Viral

Majlis Kahwin Bertukar Tragedi, Remaja Tertusuk Badik Maut Depan Pengantin

gempak
31/10/2024
11:45 MYT
Sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung di sebuah desa di Kabupaten Pangkep, Sulawesi Selatan, Indonesia bertukar tragedi apabila seorang remaja maut tertikam diri sendiri.
Hiburan

"Saya Tak Boleh Menjanda Lama-Lama" - Ina Naim Nikah Semula Demi Anak-Anak

gempak
31/10/2024
09:20 MYT
Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad yang juga penyanyi, Ina Naim memberitahu dirinya tidak boleh bersendirian dan perlukan teman hidup demi anak-anak.
Anmum