Laman Utama
Sam Smith Dituduh Cuba Normalisasikan Budaya P*rnografi Melalui Video Klip?
Penyanyi Sam Smith baru merilis single terkininya, I'm Not Here To Make Friends.
Lagu tersebut disertakan sebuah sebuah video klip yang telah mengundang kontroversi.
Smith dituduh cuba menormalisasi budaya pornografi menerusi penampilannya dalam video klip tersebut sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan ibu bapa yang mahu ia diharamkan dalam saluran YouTube.
Video klip tersebut menampilkan dia dan ‘pasukannya’ tiba di sebuah istana dengan helikopter sebelum menari dengan pakaian tidak sopan.
Ada segelintir peminat berasa penampilan Smith yang kebanyakan masa dilihat memakai korset dan menutup bahagian puting payudara dengan kain nipis.
Apa lagi dalam satu babak dia tampil dengan ‘air mencurah’ ke atas badannya sekaligus membuat lenggok gerak tarian menghairahkan sebagai sebuah perlakuan tidak elok.
Dia yang juga tidak menutup bahagian bawah badannya disifatkan bersikap ekstrim dalam penampilannya dan perlu kenakan tindakan.
Malah, mereka berasa Smith, 30, tidak perlu terlalu berusaha untuk menegaskan tentang orientasi seksnya yang dilabelkan sebagai bukan lelaki juga bukan perempuan.
“Ini terlalu menjijikkan. Kamu punya banyak peminat dari kalangan orang muda. Ini memalukan,” tulis seorang peminat seperti dilaporkan Dailymail.uk.
“Saya tidak akan membenarkan anak menonton video klip ini,” kata seorang yang lain pula.
“Sangat menyinggung 100%. Industri muzik bukan sampul majalah Playboy," tulis seorang lagi.
Namun ada juga peminat yang mengatakan tidak ada apa yang bersifat pornografi dalam video klip tersebut kerana banyak penyanyi wanita seperti Rihanna dan Nicki Minaj juga melakukan hal sama dalam persembahan mereka.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video