Laman Utama

Saman Fitnah Siber 5 Sekawan: Siti Nordiana Naik Mahkamah 15 Oktober Ini, Zoey Rahman Dipanggil Jadi Saksi

gempak
Amri Hassan
07/10/2021
07:20 MYT
Sponsor Banner
Saman Fitnah Siber 5 Sekawan: Siti Nordiana Naik Mahkamah 15 Oktober Ini, Zoey Rahman Dipanggil Jadi Saksi
Penyanyi Siti Nordiana akan memberi keterangan dari kandang saksi pada perbicaraan kes saman fitnah di laman media sosial Instagram yang difailkan beliau ke atas lima individu pada bulan Ogos lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen memerintahkan agar perbicaraan penuh dijalankan pada 15 Oktober dan 20 Oktober ini.
Peguambela Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili defendan keempat dan kelima iaitu Sam Musyadzafar Bin Samin (Sam Samin) dan Razidah Binti Ahmad Senusi (Aida G.) menyatakan yang kedua-dua defendan yang diwakili beliau akan mengemukakan tujuh orang saksi, termasuk kedua-dua anak guamnya.
"Antara saksi yang akan dipanggil semasa perbicaraan ialah Zoey Rahman, pelakon yang pernah dikaitkan dengan Siti Nordiana," kata Nurul Hafidzah menerusi kenyataan kepada Gempak.
Terdahulu, Nurul Hafidzah menyatakan yang pihak plaintif tidak mempunyai asas kes bagi saman fitnah tersebut kerana tiada sebarang pernyataan fitnah yang telah dikeluarkan oleh anak-anak guam beliau.
Peguam tersebut juga berpendapat bahawa kes saman fitnah yang diambil oleh Siti Nordiana tidak memenuhi semua elemen bagi individu yang ingin mendakwa pihak-pihak yang telah memfitnah.
"Pada setakat ini, dokumen-dokumen, fakta-fakta yang telah dipersetujui, dan fakta-fakta untuk dibicara telahpun difailkan. Kami belum menerima senarai saksi dari Siti Nordiana dan mungkin akan dibekalkan pada hujung minggu ini," tambah Nurul Hafidzah.
Siti Nordiana adalah saksi plaintif yang pertama dan akan masuk ke kandang saksi pada hari pertama dan kedua perbicaraan. Penyanyi tersebut akan melalui pemeriksaan balas oleh peguam defendan bermula dari hari perbicaraan pertama.
Ketua pasukan pembelaan bagi defendan keempat dan kelima tersebut juga berkata yang Siti Nordiana akan berada dalam kandang saksi sepanjang masa beliau diperiksa balas dan diperiksa semula dalam memberikan keterangan beliau kerana beberapa bukti penting akan turut dikemukakan sebagai keterangan yang bakal dikemukakan kepada mahkamah.
Sebelum ini media melaporkan yang bicara saman fitnah tersebut akan bermula pada 29 September tetapi ianya telah ditangguhkan ke bulan in kerana tarikh tersebut bertindih dengan pendengaran kes sivil Abu Syafiq di Kuantan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live