Nadin Amizah, si penyanyi dan penulis lagu yang sudah melarutkan banyak emosi peminatnya lewat alunan pop dan folk yang disogok membuka usia 23 tahun di tahun 2023 dengan sebuah salam indah.
Penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu lagu seperti Bertaut, Sorai, Seperti Takdir Yang Kita Tulis dan Rumpang penuh antusias mahu bertemu penggemar di Malaysia lewat konsert perdana yang diberi nama Selamat Ulang Tahun dan Kisah Lainnya oleh Nadin Amizah.
Selamat Ulang Tahun sendiri merupakan album studio yang dilahirkan Nadin di bawah label Sorai pada tahun 2020 dan telah diabadikan dengan konsert tunggal perdana buat Nadin yang telah berlangsung di Jakarta pada Disember tahun lalu.
Memilih tanggal 21 Januari 2023, Nadin menyambut salam penganjur, MYdeteksi dengan kerjasama TAPAUasia, Sorai dan Tap Projects dengan harapan untuk menjadikan konsert ini momen intim dan tak terlupakan oleh peminat saat bertemu di Zepp Kuala Lumpur kelak.
“Aku senang bangat kerana pertama kali aku datang ke Malaysia, aku langsung bisa nyanyi untuk teman-teman semua.
“Aku akan bawakan sebahagian dari konsep ‘Selamat Ulang Tahun’ tapi istimewanya untuk teman-teman di Malaysia, aku juga akan mempersembahkan lagu-laguku yang lainnya.
“Semoga sesuatu yang kecil bisa menggerakkan hati yang besar,” kata Nadin, tidak sabar bertemu penggemar di Malaysia.
Sementara itu, bagi MYdeteksi, persetujuan yang diberikan penerima dua penghargaan dari AMI Music Award 2019 sebagai kategori Produksi Best Folk/Country/Ballad Terbaik dan sebagai kategori Pendatang Baru ini untuk mengadakan konsert sulung di Malaysia adalah sebuah khabar baik buat mereka.
Bukan sahaja ia akan menjadi konsert pembuka terbesar dari MYdeteksi, tetapi yang lebih penting adalah bagaimana penganjur dapat membawa nada pemuzik hebat ini secara langsung kepada penggemar.
Apa lagi melihat kepada prestasi Nadin yang pada awal tahun 2020, mendominasi Billboard Indonesia Music Awards pertama kalinya dengan tiga kategori termasuk Artis Baru Top of the Year, membuat MYdeteksi yakin penyanyi ini akan memukau penggemar dengan persembahannya.
“Kami di MYdeteksi bersama TAPAUasia percaya Nadin Amizah mempunyai kelompok penggemar yang sangat menghargai bakat besarnya yang bukan sahaja hebat dalam penciptaan lagu dan nyanyian, tetapi juga bagaimana dia membawa penggemar masuk ke dalam ‘kisah kisah’ yang ingin disampaikan lewat penceritaan yang dibentuk”, ujar Shafika Mazlan, Pengarah Kreatif MYdeteksi.
Tiket Konsert Selamat Ulang Tahun dan Kisah Lainnya oleh Nadin Amizah yang dijadual bermula pukul 8.30 malam itu sudah mula dijual sejak 22 Disember lalu.
Mengambil sempena untaian hitnya, tiket berharga RM190 dijual di bawah judul Rumpang dan Taruh, RM230 (Bertaut), Sorai (RM250) dan RM600 untuk Star yang akan memberi keistimewaan kepada penggemar beramah mesra dengan Nadin.
Kesemua tiket boleh dibeli di tapautix.tapau.asia dan kepada penggemar jangan sia siakan pertemuan perdana pada 21 Januari 2023 yang akan membuat kalian pulang dengan seribu kenangan.
Nadin Amizah kali pertama masuk dalam belantika muzik Indonesia pada tahun 2017, dengan kali terakhir merakam album pada tahun lalu berjudul Kalah Bertaruh.
Penyanyi muda ini juga cukup terkenal dengan ‘siri’ kolaborasinya bersama pemuzik tempatan termasuk Sal Priadi yang menjadi temannya lewat lagu Amin Paling Serius (2019) dan Selaras bersama Kunto Aji (2020).
Ironi nama Nadin Amizah juga menjadi sensasi selepas kolaborasi dengan Dipha Barus membawakan single All Good pada tahun 2017 mencuri perhatian sebelum terbang tinggi secara solo dengan karya karyanya yang tidak pernah mengecewakan.
Amri Hassan
Tue Jan 03 2023
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu