,
Laman Utama

Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-10, Intai Wajah Terkini Anakanda Sultan Perak, Raja Nazira Safya

Azwa Rahman
06/08/2021
10:35 MYT
Anaknda kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim iaitu Raja Nazira Safya mencuri perhatian ramai apabila menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-10 tahun pada 2 Ogos yang lalu.
Menerusi laman sosial Instagram, ibundanya, Tuanku Zara berkongsi foto terkini anakandanya itu untuk tatapan umum.
My lil one is 10!” tulis Tuanku di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian tersebut, Tuanku memuat naik sekeping foto anakandanya yang berani memegang seekor ular.
Walaupun jarang berkongsi foto anakandanya, ramai wargamaya sentiasa menantikan perkembangan terkini puteri kesayangan ramai itu.
Sementara itu di ruangan komen, ia dihujani dengan titipan ucapan hari lahir dan doa yang baik-baik oleh wargamaya buat Raja Nazira.
Cepatnya masa berlalu. Happy birthday Princess Nazira. Semoga sihat, selamat dan happy selalu,” komen seorang wargamaya.
May you be the coolness of your parents eyes. Happy 10th birthday pretty princess,” kata seorang wargamaya.
Tuanku Zara, share la gambar-gambar pricess Nazira dengan kami. Dah lama teman tak tengok muka princess comel ni,” pinta seorang wargamaya.
The cuties lil princess. HB big girl. May Allah blessed your soul with love and health,” komen seorang wargamaya.
Selamat ulang tahun yang ke-10 Raja Nazira Safya, puteri yang cantik,” ucap seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 10,000 tanda suka daripada wargamaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Personaliti

Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim Sambut Ulangtahun Ke-48 – Cantik Mempesona, Tak Jemu Dipandang.

gempak
23/03/2021
05:29 MYT
Permaisuri nan jelita ini menyambut ulangtahun kelahirannya ke-48 pada 22 Mac 2021. Bukan hanya cantik menawan, malah bijaksana dan menjadi kesayangan seluruh rakyat jelata. Allah lanjutkan usia Tuanku dengan rahmat-Nya.
Gaya Hidup

Raja Permaisuri Perak Buka Akaun Instagram, Muat Naik Foto Anakanda Ucap Terima Kasih Petugas Barisan Hadapan

gempak
25/03/2020
11:29 MYT