Skip to main content

Viral

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan, Athisha Khan Hadiahkan Bulan Madu Di Villa Mewah Untuk Noor Kartini

untitled-design-2022-05-23t123057-375.jpg

Bersempena menyambut ulang tahun perkahwinan, Ibu kepada selebriti Neelofa, Datin Noor Kartini berbulan madu bersama suami tercinta, Datuk Abdul Halim Khan. 

Menerusi laman sosial Instagram, Kartini atau nama sebenarnya Noor Kartini Noor Mohamed berkongsi momen bulan madu tersebut untuk tatapan umum. 

Istimewanya lagi, hadiah bulan madu bersempena ulang tahun perkahwinan itu merupakan hadiah daripada salah seorang anaknya, Athisha Khan. 

“Hadiah Honeymoon daripada @athishakhan,” tulis Kartini ringkas di ruangan kapsyen. 

Menerusi perkongsian itu lagi, bulan madu di sebuah villa mewah di negeri Johor itu turut disertai oleh anak-anaknya. 

Pada masa yang sama, Kartini turut berkongsi rakaman ‘room tour’ dan kawasan sekitar villa mereka. 

“Thank you Sha. Moga Allah gandakan rezeki Sha dengan rezeki yang tidak disangka-sangka, yang luar biasa, yang hebat dan barokah, amin,” luah Kartini menghargai hadiah daripada anaknya. 
 

Must-Watch Video

Advertisement