Penyanyi Shiha Zikir mendedahkan dia pernah didekati oleh golongan kenamaan yang mahu berkenalan dengan lebih rapat.

Biarpun sudah mempunyai kekasih, beberapa individu dari golongan VIP tetap mahu mencuba nasib untuk mendekati Shiha.

"Saya akui, pernah terjadi beberapa individu dari golongan VIP mahu berkenalan dengan lebih mesra.

"Mereka mengajak saya keluar, mahu makan malam, malah ada yang sanggup terbang ke Indonesia ketika saya berada di sana untuk bersua muka.

"Selalunya, saya menolak dengan baik. Saya berikan pelbagai alasan agar mereka tahu yang saya tidak berminat.

"Saya juga letakkan syarat... jika mahu keluar dengan saya, haruslah ditemani ibu dan rakan-rakan lain," katanya.

Shiha ditemui ketika majlis pelancaran lagu Bukan Bahagiaku nyanyian Kay Khydir di Red Box The Gardens, baru-baru ini.

Assalamualaikum semua Lagu nyanyian @kay_khydir berjudul #BukanBahagiaku dah boleh karaoke kat @redboxkaraokemalaysia tau.Harap sangat hangpa sudi dengar lagu ni di youtube @lmatalenthouse atau digital platform yang lain & sudi support lagu ni dengan cara buat permintaan banyak2 di radio2 pilihan hangpa ? . Tq so much #RedBoxKaraokeMalaysia #RedBoxGarden dah taja venue & makanan sedap2 haritu . Venue : RED BOX KARAOKE GARDEN . Powered by : TODAK EVENTS & MEDIA . @sz.entertainment

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir) on

Alhamdulillah selesai majlis pelancaran video muzik & video karaoke rasmi lagu Bukan Bahagiaku nyanyian @kay_khydir di Red Box Garden @redboxkaraokemalaysia . . Terima kasih banyak Mr. @ikmalfareeq CEO Todak Events & Media selaku syarikat yang bekerjasama dengan @sz.entertainment untuk menjayakan event pada hari ni . Terima kasih buat para wartawan & semua yang datang pada hari ni.Shiha sangat2 berterima kasih atas kesudian semua untuk hadir pada event @sz.entertainment hari ni ?? . Moga lagu @kay_khydir ciptaan Azlan Abu Hassan & lirik oleh Abie Abdullah dapat sokongan dari semua.Jom layan lirik video di youtube @lmatalenthouse sekarang ? . Powered by : TODAK EVENTS & MEDIA . #BukanBahagiaku #KayKhydir #ShihaZikir #SZentertainment #RedBoxKaraokeMalaysia #RedBoxKaraokeGarden .

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir) on

Alhamdulillah selesai majlis pelancaran video muzik & video karaoke rasmi lagu Bukan Bahagiaku nyanyian @kay_khydir di Red Box Garden @redboxkaraokemalaysia . . Terima kasih banyak Mr. @ikmalfareeq CEO Todak Events & Media selaku syarikat yang bekerjasama dengan @sz.entertainment untuk menjayakan event pada hari ni . Terima kasih buat para wartawan & semua yang datang pada hari ni.Shiha sangat2 berterima kasih atas kesudian semua untuk hadir pada event @sz.entertainment hari ni ?? . Moga lagu @kay_khydir ciptaan Azlan Abu Hassan & lirik oleh Abie Abdullah dapat sokongan dari semua.Jom layan lirik video di youtube @lmatalenthouse sekarang ? #BukanBahagiaku #KayKhydir #ShihaZikir #SZentertainment #RedBoxKaraokeMalaysia #RedBoxKaraokeGarden . Powered by : TODAK EVENTS & MEDIA

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir) on


Kay merupakan artis pertama yang bernaung di bawah syarikat pengurusan milik Shiha, SZ Entertainment.

"Saya percaya dengan bakat yang Kay ada dan saya mahu dia menyerlahkan usaha sebagai seorang penyanyi.

"Selepas Kay keluar dari AF9, orang ramai lebih mengenalinya sebagai pelakon dan ada yang terlupa dia mempunyai vokal yang tersendiri.


"Menerusi lagu ciptaan Azlan Abu Hassan dan Abie Abdullah ini, saya percaya Kay boleh menyerlahkan potensi diri dan berjaya sebagai seorang penyanyi," katanya yang kini giat mempromosikan single dangdut Pipiyama di Indonesia.