,
Laman Utama

Sampai Jumpa Nyanyian Anak Kapal KRI Nanggala 402 Yang Gugur Viral, Vokalis: "Ini Memang Lagu Anthem Perpisahan"

Maliah Surip
26/04/2021
04:20 MYT
"Meskipun ku tak siap untuk merindu, Ku tak siap tanpa dirimu, Kuharap terbaik untukmu," berikut merupakan potongan syair yang dinyanyikan para anak kapal KRI Nanggala-402 yang disahkan meninggal dunia dalam tragedi yang cukup menyayat hati di bulan Ramadan ini.
Video dengan durasi 22 saat yang memaparkan sembilan kru dipercayai kru dari kapal selam KRI Nanggala 402 itu mendendangkan lagu tersebut dengan salah seorang daripada mereka bermain gitar dalam sebuah ruangan kecil menjadi tular di media sosial.
Sedikit informasi mengenai lagu Sampai Jumpa, ia merupakan lagu milik grup Indonesia dengan tiga anggota yang memakai nama Erix Soekamti. Penggarapan album ini dilakukan di Gili Sudak, Nusa Tenggara Barat.
Vokalis kumpulan ini bernama Endank Soekamti.
Sampai Jumpa adalah lagu terakhir yang dirakam dalam album mereka yang berjudul Soekamti Day. Namun, ia kemudian dijadikan single pertama dalam album yang dirilis pada tahun 2016.
Muzik videonya pula hanya memaparkan seorang wanita bisu dan chord lagu tersebut yang setakat ini telah ditonton lebih 18 juta kali.
Sampai Jumpa juga telah dinyanyikan dalam banyak versi oleh penyanyi Republik tersebut dan juga peminat dalam laman YouTube.
Menurut Endank seperti dilaporkan CNNIndonesia, lagu Sampai Jumpa memang selalu menjadi anthem perpisahan bagi kebanyakan pendengar.
Dia yang mengulang naik video yang viral di akauan Instagramnya, @erixsoekamti turut menyampaikan salam belasungkawa buat kesemua 53 anak kapal KRI Nanggala 402 telah meninggal dunia.
"Sempat berfikir adakah mereka selalu melakukan ini setiap sebelum bertugas menyelam.
"Semoga lagu ini benar benar boleh menjadi pesan pahlawan untuk keluarga yang ditinggalkan.
"Selamat jalan pahlawan," tulisnya bersama emoji hati.
Terdahulu, Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto mengumumkan dalam sidang media kesemua 53 anak kapal meningga dunia selepas beberapa bahagian kapal selam itu ditemui hasil penelitian dasar laut.
Sebelum itu, pada 3.46 pagi Rabu (21 April 2021), KRI Nanggala melaksanakan penyelaman, kemudian pada 4 pagi bersiap sedia untuk melakukan penembakan torpedo.
Bagaimanapun, pada 4.25 pagi selepas arahan kebenaran penembakan diberikan, komunikasi dengan Nanggala telah terputus di perairan Bali.
Berikut lirik lagu Sampai Jumpa
Datang akan pergi Lewat kan berlalu Ada kan tiada Bertemu akan berpisah
Awal kan berakhir Terbit kan tenggelam Pasang akan surut Bertemu akan berpisah
Heii Sampai jumpa dilain hari Untuk kita Bertemu lagi Ku relakan dirimu pergi
Meskipun Ku tak siap untuk merindu Ku tak siap Tanpa dirimu Ku harap terbaik untukmu
Dududu Dudududu
Datang akan pergi Lewat kan berlalu Ada kan tiada Bertemu akan berpisah
Awal kan berakhir Terbit kan tenggelam Pasang akan surut Bertemu akan berpisah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Keropok Lekor Losong Sudah, Terengganu Disaran Patenkan 'Ikan Celup Tepung' Pula

gempak
12/11/2024
12:39 MYT
Terengganu disaran mempatenkan produk makanan, ikan celup tepung yang popular di negeri ini, sebagai harta intelek bawah kategori Petunjuk Geografi (GI).
Hiburan

Song Jae Rim Meninggal Dunia Di Usia 39 Tahun

gempak
12/11/2024
10:34 MYT
Pelakon Korea, Song Jae Rim dilaporkan meninggal dunia pada Selasa.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Berita

"Saya Nampak Tayar Ativa Gilis Badan Zharif" - Saksi

gempak
12/11/2024
06:49 MYT
Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, kereta Perodua Ativa yang dipandu pegawai kanan polis melanggar motosikal ditunggang seorang pelajar dari belakang sebelum menggilis badan mangsa, Disember tahun lalu.
Viral

Inspektor Sheila Bebas Kes Hina Peguam

gempak
12/11/2024
01:20 MYT
Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin, melepaskan dan membebaskan Inspektor Sheila daripada satu pertuduhan menghina kesopanan seorang peguam, tahun lalu.
Unitar