Skip to main content

Hiburan

Heeseung Bakal Keluar Dari Enhypen? - “Keputusan Ini Sukar Untuk...”

Heeseung

Sekilas

  • Ahli kumpulan ENHYPHEN, Heeseung, diumumkan bakal mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut oleh agensi Belift Lab melalui kenyataan rasmi di Weverse.
  • ENHYPHEN akan meneruskan aktiviti mereka sebagai kumpulan enam ahli manakala Heeseung akan fokus pada kerjaya solo dan sedang bersiap untuk melancarkan album solo pertamanya.
  • ENHYPHEN ditubuhkan pada 2020 melalui rancangan realiti survival I-LAND dan sebelum ini mempunyai tujuh ahli termasuk Heeseung.
Advertisement

Ahli kumpulan ENHYPHEN, Heeseung dilaporkan bakal mengundurkan diri daripada kumpulan berkenaan. 

Berita itu diumumkan sendiri oleh agensi mereka, Belift Lab menerusi satu kenyataan rasmi di platform Weverse.. 

Advertisement

“Heeseung akan berpisah dengan ENHYPEN dan kumpulan itu akan meneruskan aktiviti rasmi mereka selepas ini sebagai kumpulan yang terdiri daripada enam orang ahli.

“Keputusan ini sukar untuk dijelaskan sepenuhnya melalui satu notis yang ringkas, namun ia dibuat selepas melalui pertimbangan yang panjang dan teliti,” tulisnya. 

Pada masa yang sama, pihak agensi turut memaklumkan ENHYPEN akan terus aktif dalam industri muzik dan komited untuk memberikan persembahan terbaik buat peminat mereka yang dikenali sebagai ENGENE.

“Heeseung pula akan memberi tumpuan kepada kerjaya solonya dan sedang membuat persiapan untuk melancarkan album solo pertama sebagai artis di bawah Belift Lab,” jelasnya

Untuk rekod, ENHYPEN merupakan kumpulan lelaki K-pop yang ditubuhkan menerusi rancangan realiti survival I-LAND pada tahun 2020. 

Kumpulan itu sebelum ini dianggotai oleh tujuh ahli iaitu Heeseung, Jungwon, Jay, Jake, Sunghoon, Sunoo dan Ni-ki.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement