Berita
“Sampai Kena Merayu, Tolonglah Dengar Nasihat PM, Duduklah Rumah”- Warganet
Warganet memohon individu yang masih berdegil mematuhi arahan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya duduk diam di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Rata-rata warganet bersetuju dengan Perdana Menteri yang merayu rakyat Malaysia untuk berada di rumah dan meluangkan masa bersama anak, isteri dan ahli keluarga.
Perdana Menteri dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen malam tadi (Rabu) turut menjelaskan tujuan Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.
“Tujuan (Perintah Kawalan Pergerakan) ialah supaya anda duduk di rumah.
“Bukan untuk membolehkan anda balik ke kampung, penuhi jemputan kenduri, beli belah di pasar raya, bersiar di taman atau bercuti di tempat peranginan.
“Stay at home and protect yourself dan your family (Duduk di rumah dan lindungi diri anda dan keluarga).
“Tidak perlu keluar ke mana-mana, dengan cara ini anda terhindar daripada jangkitan COVID 19 dan penularan wabak ini Insha-Allah, dapat dibendung,” katanya.
Perdana Menteri turut berharap agar rakyat patuh dengan arahan tersebut supaya dapat memutuskan rantaian jangkitan.
“Saya ingin merayu kepada saudara-saudari. Tolonglah. Stay put where (tetap di mana anda berada). Yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur. Yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru. Yang ada di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang.
“Kalau anda merancang untuk pulang ke kampung, batalkanlah dahulu niat itu. Saya minta tolong untuk tempoh dua minggu ini sahaja.
“Kenapa? Kerana kita hendak putuskan rantaian jangkitan. We want to break the chain of infection (Kita mahu putuskan rangkaian penularan wabak). Supaya jumlah orang yang dijangkiti wabak Covid-19 ini dapat dikurangkan.
“Kenapa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini selama dua minggu? Ini kerana Covid-19 mempunyai hayat inkubasi (incubation) dua minggu,” katanya.
Must-Watch Video