Kumpulan popular dari Indonesia, Samsons menjanjikan persembahan terbaik di Samsons 20th Anniversary Live Concert in Malaysia 2023 malam ini.

Walaupun pertama kali bakal tampil dengan vokalis baharu iaitu Adrian Martadinata, Samsons tetap akan memberikan pengalaman berbeza buat peminat.

“Sudah pasti persembahan di pentas nanti akan menjadi begitu istimewa sekali, jadi ia tidak hanya berdasarkan persembahan kami sahaja tetapi pengalaman yang diberikan kepada peminat.

“Peminat sendiri akan merasai kelainan persembahan dari segi kesan visual, muzik, pencahayaan, lagu dan juga beberapa lagi yang istimewa,” ujar Adrian ketika ditemui Gempak.

Antara lagu bakal dinyanyikan termasuklah Kenangan Terindah, Naluri Lelaki, Luluh, Insan Tak Sempurna, Bukan Diriku dan banyak lagi.

Samsons yang dianggaotai oleh Adrian, Irfan Aulia (gitar), Aldri Dataviadi (bass) dan Erik Partogi Siagian (gitar).

Samsons bakal menjayakan persembahan mereka selama dua jam di Zepp Kuala Lumpur malam ini.