Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Sanggup Gemuk Demi Hidupkan Watak Filem, Shaheizy Sam Tak Kejar Anugerah Antarabangsa - “Saya Buat Untuk Kepuasan Diri”

Umirah Halim
01/10/2024 07:36 MYT

Sering komited demi menghidupkan watak lakonan, pelakon Shaheizy Sam tidak tefikir untuk mengejar anugerah di peringkat antarabangsa.

Kepuasan untuk diri sendiri

Menurut Sam, 42, segala usaha kerasnya yang dilakukan sejak dalam awal pembabitan dalam industri seni, bukanlah anugerah yang dikejar semata-mata.

Sebaliknya, hanya dilakukan untuk memberi kepuasan kepada diri sendiri.

“Saya buat untuk kepuasan diri sendiri kerana ini kerjaya saya, sebab kalau saya achieve watak ini, saya tidak buat benda ini untuk dapat award, tetapi untuk kepuasan diri.

“Berlakon memang minat saya, kalau boleh saya nak jadi bagi yang terbaik.

“Untuk jadi yang terbaik perlu buat pengorbanan. Pelakon kalau kacak setiap masa itu model, kalau pelakon kita perlu pastikan dalam dan luar ikut watak,” ujarnya ketika dihubungi Gempak.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai filemnya yang masih dirahsiakan, pelakon Polis Evo itu memaklumkan dia masih

“Saya masih dalam penggambaran, baru mula seminggu,” tambahnya.

Selain itu, menerusi perkembangan lain pelakon Polis Evo itu memaklumkan dia bakal melancarkan produk menguruskan badan.

“Ramai yang jarang tengok saya dalam keadaan bulat sebegini, tapi dalam keadaan saya yang terpaksa membulat ini, pada masa yang sama saya nak lancarkan produk kurus.

“Produk ini dah lama, sekarang baru nak keluarkan di market, jadi kebetulan lancarkan ketika saya sedang gemuk.

“Saya sudah buat benda ini sudah bertahun, lebih 10 tahun naik turun badan jadi saya dah tahu nak kawal bagaimana,” ujarnya lagi.

BERITA TRENDING: 4 Bulan Pulun! Shaheizy Sam Naikkan 12KG Berat Badan Demi Watak - "Saya Makan Selagi Boleh, Sebanyak Mungkin"

BERITA TRENDING: Polis Sahkan Sabari Dibunuh, Dicampak Ke Dalam Sungai

BERITA TRENDING: Guru Denda 100 Kali Squat, Pelajar Meninggal Dunia

BERITA TRENDING: Datuk Khadijah Ibrahim Kemalangan Di Beaufort, Sempat Keluar Kenderaan Sebelum ...

Terdahulu, kakak Sam yang juga pelakon, Datin Seri Zizie Izette, 44, membuat hantaran di Instagram Story dengan memuji kesungguhan Sam yang sanggup menaikkan berat badan semata-mata memenuhi tuntutan kerja sekali gus mencuri perhatian pengikutnya di media sosial.

Menerusi temubual Gempak sebelum ini, Sam menaklumkan dia sanggup menaikkan berat badan sehingga 90 kilogram (kg) demi menjayakan karakter dalam filem yang masih dirahsiakan.

Malah, Sam turut mendedahkan dia perlu makan lima kali sehari selama empat bulan untuk menaikkan berat badan sebanyak 22 kg.

#Gemuk #Antarabangsa #Anugerah #Sam #Watak #Berat #Badan #Shaheizy
;