,
Hiburan

Datuk Khadijah Ibrahim Kemalangan Di Beaufort, Sempat Keluar Kenderaan Sebelum ...

Gempak
30/09/2024
23:09 MYT
Penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim cedera selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari Brunei Darussalam ke Kota Kinabalu, Sabah, petang semalam.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 5.28 petang itu, kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dinaiki Khadijah bertembung dengan sebuah Toyota Avanza, dekat Taman Kinamas, Jalan Beaufort-Kota Kinabalu, Sabah.
Selain Khadijah, turut cedera dalam kenderaan pikap terbabit ialah Baharuddin Hassan, 70 dan Kharnita Adrianti Aminudin, 40.
Bagaimanapun, keadaan penyanyi berkenaan dilaporkan baik dengan ketiga-tiga mereka dapat keluar sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan anggota bomba yang dikejarkan untuk membantu mangsa.

BERITA TRENDING: "Penyanyi Veteran Sepatutnya Dibayar RM10,000 Satu Show" - Khadijah Ibrahim

Khadijah yang dilaporkan hanya mengalami cedera ringan dan berdarah sedikit di tangan dipercayai memandu kenderaan terbabit.
Beliau juga sempat memaklumkan kepada anggota bomba dan polis yang tiba di lokasi kejadian mengenai konsertnya yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 1 November ini.
Selain itu, pemandu dan penumpang kereta Toyota Avanza yang dikenali sebagai Liaw Lee Jin, 30 dan Fong Pak Man, 60 juga dilapor cedera.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort, Mohd Hasbullah Nenggok, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.29 petang tadi.
Sejurus selepas itu, katanya seramai 10 anggota dikejarkan ke lokasi bersama jentera yang diketuai PBK II Irwan Abdul selaku Komander Operasi dan tiba pada jam 5.34 petang.
"Selepas tiba, Komander Operasi melaporkan kemalangan membabitkan dua buah kenderaan, iaitu kereta Toyota Hilux bertembung dengan kereta Toyota Avanza.
"Terdapat lima orang mangsa terlibat dan berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan Pasukan Bomba di lokasi kejadian.
"Dua mangsa di dalam kenderaan Toyota Avanza dan tiga orang mangsa dalam kenderaan Toyota Hilux dihantar ke Hospital Beaufort oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.
Operasi berakhir pada jam 6.10 petang.

BERITA TRENDING: Khadijah Ibrahim Jawab Rungutan Netizen! – “Tak Adil Kalau Saya Tekankan Pada Teknikal, Kerana Mereka Penyanyi Profesional

BERITA TRENDING: Hetty Koes Endang Juri Tetap GV6, Gantikan Datuk Khadijah Ibrahim... Ini Sebabnya!

BERITA TRENDING: "Tiada Lagu Baru Tak Mengapa, Jangan Tiada Kerja" - Khadijah Ibrahim

Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

3 Maut, Kemalangan 7 Kenderaan Di LPT

gempak
30/09/2024
01:02 MYT
Tiga lelaki meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 42, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah timur, Bentong, 4.13 pagi tadi.
Berita

49 Pelajar Sakit Perut Keracunan Makan Di Sekolah

gempak
29/09/2024
04:31 MYT
Seramai 49 pelajar di sebuah sekolah menengah di Membakut, Beaufort, Sabah mengalami sakit perut dipercayai akibat keracunan makanan pada Rabu lalu.
Hiburan

Pakaian Dalam Boleh Buat Kembung Perut, Hwasa Tak Kisah Imej Seksi Tidak Digemari Peminat

gempak
26/09/2024
05:25 MYT
Menurut pelantun lagu Maria itu, jika dia mengenakan pakaian dalam boleh membuatkan dia rasa kembung perut.
Hiburan

Sal Priadi Bakal Muncul Dengan Konsert ZuzuZaza Live In Kuala Lumpur, Janji Berikan Elemen Audio Visual Kreatif Terbaik Buat Peminat!

gempak
25/09/2024
11:25 MYT
Konsert yang dijadualkan berlangsung pada 13 Oktober itu merupakan konsert sulungnya di Malaysia.
Bollywood

Udit Narayan Terima Bayaran Cecah 7 Angka Jayakan Konsert Di Kuala Lumpur

gempak
24/09/2024
13:25 MYT
Penyanyi Bollywood terkenal Udit Narayan menerima bayaran mencecah jutaan ringgit bagi Konsert Udit Narayan Live in Kuala Lumpur, Disember depan.
BorakSeeni