Peserta Big Stage 2019, Neeta Manishaa mengakui kagum dengan jalan penceritaan yang disampaikan oleh pengarah, Kabir Bhatia dalam filem Sangkar.

Menurut Neeta, Kabir bijak dalam menyampaikan mesej keagamaan dengan menyentuh beberapa perkara sensitif tanpa mempunyai sebarang isu daripada penonton.

"Sebagai seorang yang bukan Islam saya suka bagaimana pengarah dapat mempersembahkan adengan sensentif dengan begitu baik sekali tanpa mempunyai sebarang isu.

"Saya suka bagaimana pengarah menyampaikan mesej tentang agama walaupun mesej yang disampaikan itu tidak terus namun sebagai penonton saya dapat merasainya.

"Pujian juga saya harus berikan pada para pelakon kerana dapat membawakan watak mereka dengan hebat walaupun kita tahu bukan mudah untuk membawakan watak seperti itu.

"Saya boleh katakan filem ini setanding dengan filem luar negara kerana ia mempunyai banyak aksi serta sarat dengan mesej yang disampaikan kepada penonton," katanya kepada Astro Gempak.

Neeta berkata demikian ketika ditemui pada Sangkar Gempak Fans Screening yang diadakan di mmCineplexes @ E-Curve, Damansara, baru-baru ini.

Filem terbaru arahan Kabir Bhatia iaitu Sangkar kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara, Brunei dan Singapura.

Berdasarkan kiraan terbaru yang diumum oleh Astro Shaw tiga hari lalu, Sangkar telah mendapat hasil kutipan sebanyak RM7.2 juta dalam masa hanya sepuluh hari tayangan, sudah tentu ia merupakan sebuah filem yang hebat!

Sangkar juga telah mencetus fenomena dalam industri perfileman Malaysia dengan menampilkan elemen sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam penghasilan filem tempatan.

Bukan itu sahaja, Sangkar juga banyak mengandungi mesej berguna yang dapat dijadikan teladan oleh penonton.

Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannnya!

Sementara itu, Neeta kini muncul dalam program Big Stage 2019 yang dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad serta dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan menggalas tugas sebagai juri tetap bersama dua bintang popular Indonesia, Judika dan Chakra Khan yang akan bergilir-gilir duduk ke kerusi juri pada setiap minggu.

Seorang juri undangan juga akan dijemput setiap minggu bagi menyertai dua orang juri tetap bagi mengadili persembahan bintang Big Stage.

Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!