Pelakon dan pengacara terkenal, Sarah Hildebrand, 29, sah bergelar isteri kepada pelukis kacukan Filipina-Amerika Otto Gillen, 26, dengan sekali lafaz di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur, jam 10.25 pagi tadi (Ahad).
Pasangan itu selamat dinikahkan Pendaftar Bahagian Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor, Hilmi Saadan dengan disaksikan bapa saudara pihak perempuan, Mohd Nasir dan Haizairi Hashim.
Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin.
Menurut pelakon yang dikenali dalam drama Pujaan Hati Kanda itu, dia bersyukur kerana majlis pernikahannya dengan Otto berjalan lancar.
"Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar seperti direncanakan.
“Saya percaya Otto lelaki yang terbaik untuk dijadikan suami dan mampu membahagiakan saya hingga ke akhir hayat.
“Kami juga saling memahami kerana sama-sama berdarah kacukan,” katanya.
Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 100 tetamu termasuk keluarga, kenalan rapat.
Bagi majlis penuh bersejarah buatnya itu, Sarah menggayakan persalinan hasil rekaan ibunya, Che Arbi Hashim. Manakala, majlis resepsi mereka belum diputuskan lagi.
Terdahulu, Sarah pernah menjalin hubungan dengan pengacara, Nabil Mahir tetapi hubungan itu berakhir awal tahun ini selepas lima tahun bercinta.
Sumber: Harian Metro
Fiza Kamarudin
Sun Nov 03 2019
Gerakan Blockout 2024 Berleluasa, Ceddy Ang Kongsi Pengalaman Dilamar Produk Dalam Senarai Boikot
Susulan kempen secara besar-besaran memboikot selebriti-selebriti dan pempengaruh yang dikatakan bekerjasama dengan produk-produk yang memberi sumbangan terhadap Zionis, influencer dan pencipta kandungan, Ceddy Ang tampil berkongsi pendapatnya di Platform X. Menurut Ceddy, sebagai seorang pencipta kandungan, dia tidak menafikan bahawa agak beri
“Malu Dengan Western People All Out Boikot” - Lufya Omar Bersuara Isu Blockout 2024, Tak Kisah Hilang Kawan
Susulan gerakan Blockout 2024 yang dilancarkan oleh pengguna media sosial, penyanyi Lufya Omar juga turut tampil menegur sikap beberapa selebriti.
Masih Follow Di Instagram, Sarah Dakwa Ruhainies Masih Contact Aliff Aziz
Selepas lama juga mendiamkan diri, Sarah Yasmine tampil dengan kenyataan baharu melibatkan aktres sensasi Ruhainies.
Tak Perlu Panjang Cerita, DSV Nasihat Aliff Aziz Move On
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) menitipkan pesanan buat pelakon dan penyanyi Aliff Aziz agar tidak memanjangkan lagi isu kontroversinya.
Ramai Hairan Cik B Mampu Beli Kereta Mahal, Netizen Kirakan Untung Kasar Jualan Salmon Skin
Menerusi satu akaun, pengguna platform X tersebut membantu membuat kiraan keuntungan kasar yang diterima Cik B hasil jualan snek tersebut.
AISHA RETNO MAIN PIANO SAMBIL TUTUP MATA | THE HARDEST SINGING SHOW
Aisha Retno bab-bab buat persembahan wow ni memang makanan dia la. Muda lagi tapi dalam kepala penuh idea. Mantap.
#thehardestsingingshow
#thss
#thehardest
#thehardestsingingshow
#thss
#thehardest
TAK SENANG WEH PUTERA NAK MAIN GENDANG SAMBIL NYANYI ROCK | THE HARDEST SINGING SHOW
Hardest moment Putera Muhammad dia kena main gendang sambil nyanyi. Susah tu. Kena fokus dua benda serentak.
Bersuara Isu Blockout 2024, Naim Daniel Kecewa Terima Komen Negatif
Penyanyi, Naim Daniel menerima pelbagai komen berbaur negatif daripada warganet susulan pernah menasihati pengguna agar tidak keterlaluan dalam memboikot artis yang terkait dengan jenama pro-Israel.
Umisya Kongsi Hikmah Disebalik Berpoligami
Umisya Mazlan yang juga madu kepada anak selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Danial Hakim berkongsi hikmah disebalik pahit manis berpoligami.
De Fam rehearsal 2 jam je, Zizan try kereta baru Nabil | Pintu Belakang The Hardest Singing Show
De Fam rehearsal 2 jam je untuk minggu pertama, Zizan try kereta baru Nabil, Aepul Roza cita-cita nak jadi driver teksi. Macam-macam cerita best dalam Pintu Belakang The Hardest Singing Show ni gais! Layan episod baru setiap Rabu di website Gempak.com.
The Hardest Singing Show setiap Ahad 9 malam di Astro Ria & Astro Go.
#PintuBelakang
#thehardestsingingshow
#thehardest
#thss
The Hardest Singing Show setiap Ahad 9 malam di Astro Ria & Astro Go.
#PintuBelakang
#thehardestsingingshow
#thehardest
#thss