Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Sarat Hamil, Kisah Ibu Tertukar Bayi Buat Siti Sarah Seriau! - “Apalah Rasanya Mengandung 9 Bulan Tiba-Tiba Dapat Tahu Baby…”

Mya Amri 16/06/2021 | 00:15 MYT
Penyanyi Siti Sarah akui terkejut sebaik sahaja mengetahui kisah tular seorang ibu yang tertukar bayi selepas bersalin.
Sarah berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya baru-baru ini.
Menurut Sarah, kecuaian itu sepatutnya tidak berlaku dalam mana-mana hospital kerana melibatkan darah daging sesebuah keluarga.
Malah isteri kepada pelawak Shuib sepahtu ini juga mengatakan kejadian itu membuatkan dia berasa sedikit fobia memandang sedang menunggu masa untuk bersalin.
“Berdiri bulu roma Sarah, seriau Ya Allah bila baca cerita ni. Lagi-lagi sekarang Sarah tengah sarat mengandung ni.
“Kalau dalam sinetron Indonesia ada cerita Puteri yang ditukar, ini betul-betul jadi tau, bukan sinetron atau cerekarama.
“Apa lah rasanye kan mengandung 9 bulan tiba-tiba dapat tahu baby tertukar. Nasib lah mak ayah check tag kat kaki tu dulu, kalau tak sampai besar lah tak tau baby tertukar.
“Sarah yang baca cerita ni bukan setakat seriau, fobia pun ada. Dah pulak lepas tu dua ibu ni masing-masing sama-sama sedih teringat baby yang dah jadi anak susuan.
“Sarah harap benda ni jadi pengajaran untuk semua, kecuaian macam ini tak patut jadi. Melibatkan masa depan, melibatkan darah daging, melibatkn macam-macam,” tulisnya.

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Terdahulu, tular di media sosial mengenai Siti Jamumall yang cemas apabila menyedari bayi yang dibawa pulang dan disusukan bukan anak kandungnya.
Bagaimanapun dia dikatakan menyedari bayinya tertukar selepas pulang ke rumah pada Sabtu, apabila melihat tanda nama pada kaki bayi itu tertera nama ibu yang lain serta waktu kelahiran berbeza.
BACA: Siti Jamumall Terkejut Rupanya Bayi Yang Disusukan Bukan Anaknya – “Doakan Saya Dapat Anak Saya Balik…”
BACA: “Allah…Syukur Dapat Balik Anak, Betul la Firasat Ibu Itu Tepat…”
BACA: Isu Bayi Tertukar, Siti Jamumall & Diana Hanani Berhasrat Ambil Tindakan Undang-Undang
BACA: “Terpaksa Warded Terus” - Siti Jamumall Diduga Lagi… Selepas Isu Bayi Tertukar, Kini Sakit Kuning Pula
Kejadian itu tular di media sosial apabila Siti berkongsi di Facebook miliknya dan mendapat 1.3 juta tontonan, 56,000 komen dan 37,000 dikongsi netizen pada ketika itu.
#Siti Sarah #Tular #Kisah Bayi Tertukar
;