Laman Utama

Isu Bayi Tertukar, Siti Jamumall & Diana Hanani Berhasrat Ambil Tindakan Undang-Undang

gempak
Gempak
13/06/2021
07:30 MYT
Sponsor Banner
Isu Bayi Tertukar, Siti Jamumall & Diana Hanani Berhasrat Ambil Tindakan Undang-Undang
Pengasas kosmetik yang dikenali dengan nama Siti Jamumall akui kecewa dengan kejadian bayi tertukar yang berlaku kepadanya.
BACA: Siti Jamumall Terkejut Rupanya Bayi Disusukan Bukan Anak Kandung...
Memetik laporan Harian Metro, susulan itu, pemilik nama sebenar Siti Suriani Wahiddin ini serta pasangan yang terlibat dalam kejadian tersebut berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang.
Menurut Siti Jamumall, dia bimbang dengan keadaan kesihatan bayinya yang dibawa keluar hospital dalam tempoh kurang 12 jam.
"Saya melahirkan bayi lelaki pada 2.36 pagi Jumaat lalu dan diletakkan di bawah jagaan hospital. Pada 8.30 pagi, saya minta nak lihat bayi dan jururawat bawa masuk ke bilik. Saya menyedari wajah lain tapi tidak mengesyaki apa-apa kerana katil bayi tertera nama saya.
"Saya dibenarkan pulang ke rumah petang semalam. Kami menyedari bayi itu bukan anak kami ketika suami mahu memotong tanda nama pada kaki bayi itu dan mendapati ia milik wanita lain," katanya.
Setelah itu, Siti Jamumall dan suaminya, Muhammad Syafiq menghubungi pihak hospital dan diminta hadir untuk proses pertukaran semula bayi kepada ibu bapa sebenar masing-masing.
"Bagai nak gugur jantung saya apabila pihak hospital sahkan bayi saya tertukar. Namun saya bersyukur bayi saya dijaga oleh pasangan yang baik.
"Pagi ini saya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Saya harap pihak hospital bertanggungjawab dan saya akan merujuk kes ini dengan peguam untuk tindakan susulan," katanya yang sudah membuat laporan polis.
Dalam pada itu, usahawan Diana Hanani Abdullah, 23, yang mengalami nasib sama turut kecewa.
Menurutnya, dia melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di hospital sama pada 3.03 petang, 10 Jun, dan pulang ke rumah pada 12 tengah hari kelmarin.
Hanani juga akui mengetahui bayinya tertukar hanya selepas pihak hospital menghubunginya malam tadi.
"Saya hanya mengetahui bayi tertukar apabila pihak hospital menghubungi saya malam tadi. Saya sangat terkejut lalu minta suami ambil tanda nama anak yang sudah dibuang dalam bakul sampah dan mendapati tertera nama Siti Suriani.
"Kami terus ke hospital malam tadi. Proses pertukaran semula bayi berlaku dalam suasana penuh emosi kerana sudah menyayangi bayi dijaga seperti anak sendiri," katanya yang turut membuat laporan polis untuk tindakan susulan.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai Siti Jamumall yang cemas apabila menyedari bayi yang dibawa pulang dan disusukan bukan anak kandungnya.
Dia hanya menyedari perkara tersebut ketika suaminya mahu memotong tanda nama pada kaki bayi tersebut dan mendapati ia milik wanita lain yang dipercayai turut melahirkan bayi di hospital sama.
BACA: "Allah...Syukur Dapat Balik Anak, Betul la Firasat Ibu Itu Tepat..."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live