Program pencarian bakat nyanyian terkenal dunia dalam versi Arab Saudi dan dinamakan Saudi Idol bakal ditayangkan di negara itu pada Disember ini.
Memetik laporan akhbar tempatan Arab News, Pengerusi Pihak Berkuasa Awam (GEA) Arab Saudi, Turki Al-Sheikh memaklumkan francais program hiburan terkemuka itu akan ditayangkan hasil kolaborasi konglomerat media, MBC Group (MBC).
Program musim pertama ini akan memulakan penggambarannya pada Oktober ini bagi mencungkil bakat-bakat tempatan terutamanya di Riyadh.
Dalam pada itu, penyanyi popular Arab Saudi, Aseel Abu Bakr, penyanyi dan aktres Emiriyah Arab Bersatu, Ahlam, penyanyi popular dari Syria, Asala dan penyanyi serta komposer berketurunan Iraq-Arab Saudi, Majed Al Mohandis dipilih sebagai empat orang juri tetap bagi mengemudi rancangan terbabit.
“Dengan rasa gembira saya mengumumkan bahawa GEA dengan kerjasama MBC akan melancarkan program Saudi Idol. Rancangan ini akan bermula pada Disember 2022,” kata Turki di laman Twitter.
Sementara itu, MBC menerusi Twitter turut mengajak orang ramai untuk menyertai Saudi Idol.
“Anda mempunyai suara yang merdu dan suka menyanyi? Anda gemar bersaing dan memasuki dunia glamor? Sila sertai program menyanyi terbesar ini. Jangan lepaskan peluang ini dan daftarlah sekarang,” demikian menurut MBC menerusi satu ciapan di laman Twitter.
Gempak
Tue Sep 27 2022


GMW Giveaway: Tiket Tapau Fest

GMW Giveaway: Tiket Konsert Butterfingers Malayneum 23

Jijik! Pengkaji Haiwan Lakukan S*ks Dengan 42 Anjing, 39 Mati Terseksa
Adam Britton mengaku bersalah di atas 60 pertuduhan

Khairul Aming Dedah Tidak Memiliki Rumah, Hanya Ada Satu Pinjaman Bank
Ramai terinspirasi

Netizen Dakwa Zoey Rahman Dah Tak Handsome Macam Dulu, Ini Jawapan Tuan Empunya Badan…
Ye ke Zoey dah tak handsome macam dulu?

“Untuk Berkahwin Kena Jaga Niat, Bukan Sebab Nafsu Semata…” - Imran Aqil
Suka tengok Imran dan isteri, Dahlia.

Michael Ang Fobia Pernah Kena Gigit Anjing Belaan Bapa - "Kalau I Ada Kuasa I Akan Buat Law..."
Tak semua tempat haiwan perliharaan sesuai dibawa.

Guru Kritik Soalan Matematik Budak Darjah 3 Tak Masuk Akal - “Tak Dak Akidah Punya Soalan”
Memang nampak susah untuk budak darjah tiga

McDonald’s Malaysia Buat Laporan Polis Isu Pelanggan Dikenakan Caj Untuk Sos Cili Peket
Ini kenyataan daripada McDonald's Malaysia

“Saya Bukan Nabi…” - Perceraian Kali Ketiga Uji Kesabaran Engku Emran
Emran kongsi perasaannya di Instastory.