HIBURAN
“Saya Ada Rasa Tapi…” - Shila Amzah Sibuk Siapkan Album, Tak Sempat Keluarkan Lagu Raya Tahun Ini
Penyanyi, Shila Amzah mengakui dia sebenarnya ada niat untuk menghasilkan lagu raya tahun ini, namun jadualnya yang padat dengan persiapan album baharu membuatkan hasrat itu terpaksa ditangguhkan.
Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 35, tahun lepas dia sempat mengeluarkan sebuah lagu raya versi Cina, namun untuk sambutan Aidilfitri sendiri, dia tiada lagu khas.
“Itulah lagu raya Cina saya ada pada tahun lepas. Hari raya kita, saya takde,” katanya kepada Gempak.
Shila berkongsi demikian ketika menghadiri majlis sidang media dan tayangan perdana program Raya Astro yang berlangsung di One World Hotel, Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu Patah Seribu itu berkata dia terlalu sibuk dengan album baharunya yang dijangka keluar tahun ini, menyebabkan dia langsung tiada masa untuk merakamkan lagu raya.
“Sebenarnya saya ada rasa nak buat lagu raya tahun ini tapi saya sibuk buat album yang akan keluarkan tahun ini juga. Jadi, memang saya tiada masa untuk keluarkan lagu raya tahun ini,” kongsinya.
Bagaimanapun, penyanyi sempat berseloroh dia sebenarnya bersyukur juga kerana tidak mengeluarkan lagu raya tahun ini.
Shila juga tidak menolak kemungkinan untuk menghasilkan lagu raya pada tahun hadapan sekiranya keadaan mengizinkan.
“Tapi nasib baik jugalah saya tak keluarkan lagu raya tahun ini sebab sekarang kita dah ada sepuluh buah lagu raya yang perlu semua orang hafal.
“Insya allah kalau tahun depan saya mungkin akan keluarkan lagu raya dan harapnya takde la sampai 20 buah lagu raya tahun depan. Kesian korang nak hafal. Insya allah kita nantikan,” ujarnya.
BERITA BERKAITAN: Duet Dengan Wang Leehom, Shila Amzah Tak Sangka Dapat Satu Pentas Dengan Idola - “Lagu Forever Love Itu Sebenarnya…”
BERITA BERKAITAN: “Biarlah Masing-Masing Cari Bahagia Cuma Saya Terkejut Dengan Siapa Pilihannya” - Shila Amzah Perlu Masa Terima Ibu Tiri
BERITA BERKAITAN: Shila Amzah Jumpa Gambar Ibu Tiri, Netizen Beri Reaksi Panas
BERITA BERKAITAN: Fikir Soal Anak Antara Sebab Shila Amzah Tolak Gelaran Datuk - “Saya Mahu Mereka Rasa Bebas Tanpa Perlu..”
Must-Watch Video