Vokalis kumpulan OAG, Radhi akui mahu merujuk kembali bekas isterinya, Nur Shahira Ayu Zahiri, 25.

“Islam memang cantik. Allah bagi pilihan untuk cerai dan juga rujuk.

“Jadi saya akan rujuk Ayu kembali selepas ini,” katanya selepas disahkan bercerai talak satu dengan isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pagi tadi.

Radhi atau nama sebenarnya, Muhammad Radhi Razali, 41, berkata, apapun berlaku dia perlu meneruskan kehidupannya seperti biasa selepas ini.

"Dugaan ini adalah cara Allah menegur saya dan yakin apa yang berlaku ada hikmahnya.

"Dalam proses nak merujuk ini, saya perlu ada perancangan baru dalam hidup," katanya.

Perceraian mereka disahkan oleh Hakim Syarie, Husaini Roslin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini selepas Radhi mengaku melafazkan cerai yang dibuat pada 25 Mac lalu.

BACA: Kembali Bergelar Duda, Radhi OAG Sah Ceraikan Ayu Dengan Talak 1​

BACA: "Radhi Sudah Melafazkan Cerai Terhadap Saya Pada 25 Mac Lalu" - Isteri

BACA: "Tak Ingat Sebut Lepaskan Atau Ceraikan" - Radhi OAG Diperintah Buat Sumpah Nafi

Pasangan tersebut bernikah pada 14 April 2014 dan telah dikurniakan dua orang anak iaitu Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3.

Sebelum ini, Radhi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 sebelum berpisah pada 8 Jun 2010 dan dikurniakan seorang anak, Muhammad Rifdi Muslim, 14.