Pelakon Zila Bakarin berasa gembira kerana bilangan pengikutnya di Instagram (IG) telah meningkat.

Menurut Zila, dia bukanlah seorang artis yang sangat popular dan tidak kisah dengan bilangan pengikut yang tidak begitu ramai.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun IGnya buat tatapan umum.

"Saya bukan artis top, itu sebab saya tak kisah followers saya tak ramai, tapi saya bangga ada followers yang sangat baik.

"Mereka selalu memberi kata-kata semangat kepada saya dan saya pun jenis bukan semua benda nak tunjuk, itu sebab followers macam tu saja.

"Dah bertahun followers tak naik, tiba-tiba malam tadi mencecah 188 ribu berbanding sebelum ini hanya 187 ribu," tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Zila turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang sudi mengikutinya di laman sosial terbabit.

Sy bukan artis top.. tu sbb sy tak kisah followers sy tak ramai.. tapi sy bangga ada followers yg sgt baik2.. dan selalu bg kata semangat pada sy... dan sy pun bkn jenis semua benda nak tunjuk.. tu sbb followers cam tu jeee... hahahhaaa.... dah bertahun followers tak naik2.. asyik 187... tetiba mlm ni 188.. alhamdulillah ok la tu.. tq pada yg sudi up kan followers sy.. tq tq.. yeayyy ?my followers ???

A post shared by Zila Bakarin (@zilabakarinofficial) on


Zila mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 1996 dan kerap membuat kemunculan menerusi lakonan dalam drama dan filem tempatan.