Skip to main content

Berita Tempatan

“Saya Bukan Mahu Membuka Aib Rumah Tangga Sendiri, Tapi…”- Elvina Padam Gambar Suami Di Instagram

elvinamohamedsuami.jpg

Pelakon Datin Elvina Mohamad menegaskan tindakannya memuat naik status mengenai perihal rumah tangganya bukan berniat untuk mengaibkan rumah tangganya sendiri.

Menurut Elvina ia merupakan salah satu cara untuk menyelamatkan rumah tangganya dengan suami juga ahli perniagaan, Datuk Haniff Borhan.

Advertisement

“Saya bukan mahu meraih populariti dengan membuka aib rumah tangga sendiri tapi ini usaha saya untuk menyelamatkan perkahwinan kami.

"Saya terpaksa memberikan peringatan kepada wanita di luar sana agar tidak mengganggu rumah tangga orang menerusi instagram milik saya.

"Wanita terbabit sudah tahu Haniff beristeri dan baru saja menimang cahaya mata. Dan saya masih dalam pantang, dia tidak patut bermesej sehingga menimbulkan syak wasangka," katanya.

[BACA: "Dah Takda Lelaki Bujang Sampai Nak Kacau Husband Orang .." - Elvina Mohamed]

Terdahulu, Elvina memuat naik status di laman sosial terbabit Rabu lalu dan menyelar seorang wanita juga agen insuran yang didakwa cuba mengoda suaminya.

Wanita terbabit dikatakan bermesej dengan suaminya menggunakan ayat juga emoticon mencurigakan sebelum dan selepas bertemu dengan Haniff dengan tujuan asal mahu menjual polisi insuran.

Elvina juga berang apabila wanita itu membalas status menerusi media sosial miliknya dengan mengatakan pelakon yang popular menerusi drama Isteri Untuk Diiktiraf itu sedang meroyan berpantang.

"Jangan mudah melabel wanita sedang berpantang meroyan. Itu sangat negatif. Saya masih boleh berfikir secara waras. Mana yang betul dan mana yang salah," katanya.

Kata Elvina lagi, dia tidak menyalahkan satu pihak saja dan menyifatkan isu yang timbul dalam rumah tangganya itu ibarat kalau tiada angin tak mungkin pokok bergoyang.

"Saya turut menegur Haniff dan memadam gambar bersamanya dilaman sosial saya juga sebahagian daripada amaran saya kepadanya," katanya.

Jelas Elvina bagaimanapun masalah yang timbul membabitkan suaminya dan juga agen insuran terbabit sudah pun mereka suami isteri bincangkan dan jalan penyelesaian diperoleh.

Haniff sendiri menerusi laman sosial miliknya sudahpun memberi kenyataan dan mengaku apa yang berlaku adalah berpunca dari dirinya dan memohon maaf kelmarin.

Elvina turut menasihati wanita di luar sana agar tidak melakukan perkara yang dilakukan agen insuran terbabit.

Sumber: Harian Metro

Must-Watch Video