Skip to main content

Budaya Popular

“Saya Bukan Punca Keretakan Rumah Tangga Orang Lain” - Thalia Mentor

astro_gempak_saya-bukan-punca-keretakan-rumah-tangga-orang-lain-thalia-mentor.jpg

Penyanyi, Thalia Mentor 4 menafikan dakwaan dirinya penyebab keretakan rumah tangga orang lain.


Bukan penyebab rumah tangga orang

Thalia memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di Insta Story miliknya hari ini.

“Untuk  makluman, sekerasnya saya tegaskan saya bukan penyebab pergolakkan rumah tangga orang lain mahu pun punca keretakan rumah tangga orang lain,” tulisnya.

Advertisement

Dalam hantaran lain, Thalia menjelaskan dia sudah memaklumkan kepada peguamnya mengenai isu tersebut.


Sudah maklum kepada peguam

Tambah Thalia, pihak peguam tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang memfitnah dirinya.

“Thalia nak maklumkan pada semua. Since ramai sangat dah jadi orang bijak pandai. Saya dah maklumkan pada peguam saya tentang hal ni.

“Dan peguam Thalia sedang pantau mana-mana individu (tidak terkecuali) siapa pun, yang bertindak meninggalkan komen, menyebarkan aib dan fitnah yang melampau dengan niat atau tidak dimana mana posting, pihak peguam yang dilantik tidak akan teragak-teragak untuk mengambil tindakan ke atas individu-individu tersebut,” tegasnya.

Terdahulu, tampil secara eksklusif di Gempak seorang wanita mendakwa telah diganggu oleh seorang selebriti wanita berpenampilan muslimah sejak dua tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:EKSKLUSIF: Selebriti Muslimah Didakwa Sondol Suami Orang, Wanita Tampil Beri Amaran - "Saya Tak Teragak-Agak Dedah Bukti!"


Tampil secara eksklusif di Gempak, wanita itu mendedahkan sikap dan perangai sebenar selebriti tersebut.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Y tidak menyangka hubungan istimewa suaminya dan selebriti wanita itu terjalin secara diam.

Must-Watch Video

Advertisement