Laman Utama
“Saya Dah Tutup Pintu Depan Tapi...”- Kata-Kata Ismail Sabri Mengundang Simpati Netizen, Minta Bertabah
Kata-kata dari satu kemas kini yang dimuat naik Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri di laman sosial Instagram akaun miliknya mendapat perhatian warga net.
Menerusi hantaran tersebut, Ismail Sabri hanya menulis "saya dah tutup pintu depan tapi...", selain ia disertakan dengan emoji sedih di akhir catatan berkenaan.
Dalam masa yang sama, kemas kini status Ismail yang mesra dengan penggilan Pak Long itu turut diiringi sekeping gambar yang memaparkan beliau sedang menutup pintu pejabat Menteri Pertahanan.
Meskipun tidak dimaklumkan dengan jelas maksud di sebalik kemas kini tersebut, namun ia mencetuskan perbualan dan perdebatan hangat di media sosial.
Menerusi tinjauan Gempak, rata-rata seperti memahami dan bersimpati dengan situasi Ismail Sabri.
Lalu mereka memberikan kata-kata semangat supaya bertabah.
“Kesian Datuk... buat ni salah, buat tu salah...” kata salah seorang pengikut laman sosialnya.
“Sabarlah Datuk dah buat yang terbaik...” komen salah seorang netizen.
“Memang cilakanyang suka main belakang ni...Nyawa rakyat jadi taruhan harap Pak Long batalkan mana-mana kilang yang tidak berkenaan tu,” marah salah seorang warga maya.
Ketika ini, kerajaan memutuskan melaksanakan sekatan penuh terhadap sektor ekonomi dan sosial berkuat kuasa 1 Jun iaitu selama tempoh lockdown.
Must-Watch Video