Hiburan
“Saya Dan Adam Dah Ada Di Jakarta Bersama Keluarga, Kami Sangat Merindui Ashraf” – Yuna
Penyanyi Malaysia menempa nama di Amerika Syarikat, Yuna sudah selamat tiba di Jakarta bersama suaminya Adam Sinclair bagi memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham Ashraf Sinclair.
Menerusi laman sosial Twitter, Yuna berkongsi satu foto keluarga memegang bingkai gambar Ashraf untuk tatapan umum.
“Terima kasih atas semua mesej yang kami terima. Kami sangat merindui Ashraf. Alhamdulillah Adam dan saya kini berada di Jakarta bersama keluarga kami.
“Sentiasa dalam ingatan, @ashrafsinclair (18 September 1979 – 18 Februari 2020),” tulis penyanyi itu menerusi satu kicauan.
Menerusi perkongsian itu, turut kelihatan adik Ashraf, Aishah Sinclair memegang bingkai foto tersebut yang turut disertai bapa, Mohamad Anthony John Sinclair dan ibu, Khadijah Abdul Rahman.Thank you everyone for your messages. We miss Ashraf terribly. Alhamdulillah Adam and I are now in Jakarta with our family.In loving memory, @ashrafsinclair(18 September 1979 – 18 February 2020)Al-Fatihah pic.twitter.com/A9iNBxnllN— Yuna Zarai (@yunamusic) February 19, 2020
Hasil tinjauan Gempak di ruangan balas, rata-rata wargamaya turut menitipkan ucapan takziah kepada keluarga ini.
“Dari semalam tunggu Yuna, ternyata terus ke Jakarta. Tolong hiburkan Bunga ya. Ashraf dan Bunga adalah simbol Indonesia dan Malaysia bersaudara. Al-fatihah untuk Ashraf. Semoga tenang disisi Allah SWT,” luah seorang wargamaya.
“Walaupun mereka tersenyum, tapi saya dapat rasa mereka sedang menangis dan berduka. Takziah kak Yuna,” kata seorang wargamaya.
“Alhamdulillah Yuna selamat sampai. Salam takziah. Semoga Allah memberikan ketabahan dan kekuatan buat keluarga Sinclair untuk menempuh dugaan ini,” doa seorang wargamaya.
“Turut berdukacita buat keluarga Sinclair. Buat BCL dan Noah, semoga terus tabah. Semoga almarhum Ashraf husnul khotimah dan dilapang kuburnya,” komen seorang wargamaya lagi.
Ashraf Sinclair, 40, dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan) pada Selasa.
Ashraf dikebumikan di San Diego Hills, Kerawang, Jawa Barat, Indonesia.
Must-Watch Video