HIBURAN
“Saya Dapat Gambar Pakaian Dalam” - Datuk Chef Fazley Yaakob Dedah Terima Mesej Nakal Selepas Bercerai
Chef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob mengakui selepas pengumuman perceraian bersama bekas isteri Datin Azrene Soraya Abdul Aziz, dia menerima pelbagai mesej nakal daripada individu tidak dikenali.
Mesej nakal
Kongsi Fazely, pada hari pertama berita perceraiannya tersebar, dia mula menerima beberapa mesej yang mencuit hati, malah ada yang menawarkan diri mereka untuk menjadi suri hati baharu buat dirinya.
Namun, Fazley menganggap perkara itu sebagai hiburan ringan dan tidak mengambil serius gangguan tersebut.
“Hari pertama pengumuman perceraian saya, saya terus menerima mesej-mesej nakal, termasuk gambar pakaian dalam. Ada juga mesej yang bagi saya kelakar, contohnya ada yang bertanya boleh ke mereka jadi Datin saya.
“Saya memang baca mesej, tapi saya anggap itu sekadar hiburan. Ada juga yang tanya kalau mereka hantar gambar tanpa tudung, saya akan block atau tidak? Saya jawab, saya takkan block, tapi saya akan elakkan diri daripada melihatnya,” katanya kepada Gempak.
Fazley berkata demikian ketika menghadiri majlis pelancaran Vending Machine Johan (Founder Itik ke Ayam) x Datuk Fazely Yaakob yang berlangsung di Aeon Big Seksyen 23, Shah Alam, Selangor, pada Sabtu lalu.
Anggap lucu
Pada masa sama, penyanyi lagu Asmara Cinta itu menjelaskan bahawa mesej yang diterimanya tidaklah melampaui batas, sebaliknya dia menganggapnya sebagai sesuatu yang lucu.
“Kalau nak kata lucah, tak juga. Kebanyakan mesej tiada perbuatan yang melampau, cuma kalau ada yang hantar gambar pakaian dalam, saya rasa itu kelakar,” jelas sambil ketawa.
Untuk menangani masalah tersebut, Fazely lebih memilih untuk tidak memberi reaksi berlebihan.
Katanya, dia hanya melihat dan hanya memberi respon yang ringkas agar individu individu berkenaan berpuas hati dengan tindakannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Mohon Netizen Unfollow Kalau Tak Suka: "Tak Perlulah Dengan Ayat Berskibidi Bom Bom Sekadar”
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Pertikai Fazley Yaakob Pakai Contact Lense Berwarna, Ini Jawab Empunya Badan! - "Sejak Bercerai Ramai Perhatikan Itu Ini"
“Saya biasanya hanya respon dengan ‘seen’ sahaja. Sekurang-kurangnya mereka tahu saya dah baca dan saya hanya balas ‘thank you’,” kongsinya.
Sekadar info, Fazley sebelum ini mengesahkan sudah bercerai dengan Azrene Soraya Abdul Aziz atau Azrene Ahmad, beberapa bulan lalu, selepas 18 tahun hidup bersama.
Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2006.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang anak, iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, Ahmad Fierudz Shah, 13, dan Alayna Selma, 7.
Must-Watch Video