Laman Utama
“Saya Hampir Tangguh Vaksin…”- Hamil Anak Kedua, Tasha Manshahar Kongsi Pengalaman Vaksin Covid-19
Penyanyi Tasha Manshahar mendedahkan dia hampir menangguhkan pengambilan vaksin Covid-19 ketika hamil anak kedua gara-gara bimbang kesan kepada kesihatan dan bayi dalam kandungangan.
Namun menurut Tasha selepas difikirkan kembali kesan jangkitan Covid-19 kepada ibu hamil, dia mengambil keputusan untuk melengkapkan dirinya dengan perlindungan tersebut dan dalam masa yang sama meminta nasihat doktor.
“Saya hampir nak tangguh vaksin sebenarnya…sebab takut kesan pada baby dan kesihatan kesihatan tapi mengenangkan kesannya kalau kena covid tanpa vaksin lagi teruk nauzubillah.
“Jadi saya buat keputusan untuk ambil vaksin.
“Sebelum pergi vaksin haritu, saya consulted ramai doktor… tanya pendapat preggy moms yang dah vaksin, tanya apa doktor mereka adviced, I tak takut cuma perlu diyakinkan,” katanya.
Tasha berkongsi pekara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Berkongsi pengalamannya mengambil vaksin berkenaan, Tasha memberitahu dia tidak menerima kesan yang teruk malah segalanya berjalan lancar.
“Alhamdulillah, dah dua hari selepas vaksin ni tak ada demam, tiada side effects teruk, sakit tangan pun dah hilang Alhamdulillah. Baby pun gerak macam biasa,” ceritanya.
Dalam masa yang sama, Tasha menyarankan ibu hamil segera mendapat perlindungan vaksin sebelum terlambat.
“Ambil vaksin tidak bermakna kita tidak akan dijangkiti Covid. Possibility masih ada tapi sekiranya kita dijangkiti virus covid yang sebenar nauzubillah, kesannya tak seteruk jika kita dijangkiti tanpa vaksin.
“Jadi jom la sama-sama kita kurangkan jumlah pesakit dalam ICU dan kurangkan angka kematian. Kita nak tingkatkan angka kes sembuh. Jadi, jangan takut ambil vaksin. Vaksin adalah protection. Kita ikhtiar,” sarannya.
Tasha Manshahar mendirikan rumah tangga dengan Raqib pada 8 September 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata Muamar Rafiqi, 3 tahun.
Must-Watch Video