Skip to main content

Berita Tempatan

“Saya Harap Anak Lelaki, Tapi...”- Alif Satar

alifsataranak.jpg
Pelakon dan pengacara, Alif Satar akui mengharapkan anak lelaki untuk bayi ketiga yang sedang dikandung oleh isterinya Shadila Halid

Namun, Alif berkata ia tidak menjadi keutamaan kerana selebihnya dia cuma mengharapkan bayi yang dilahirkan nanti sihat.

“Masih awal lagi untuk kami buat pemeriksaan jantina kerana dia kini dalam trimester pertama.

“Selepas mendapat dua cahaya mata perempuan, sudah tentu saya harapkan anak lelaki.

“Tetapi kalau anak perempuan pun saya bersyukur, kerana at the end of the day, apa yang saya harapkan dia dapat dilahirkan dengan sihat dan selamat,” katanya kepada Gempak.

Alif diemui ketika majlis pembukaan Harman Studio di Sunway Geo Avenue pada Jumaat.

Dalam majlis yang sama Alif turut diumumkan sebagai duta lepada Harman Studio.

Sementara itu, bercakap mengenai isterinya, Alif memberitahu Shadila dalam fasa ‘morning sickness’.

“Hamil kali ini, keadaan dia berbeza sedikit. Jika dulu dia tidak mengalami sebarang ‘morning sickness’ tapi kali ni alahannya agak teruk.

“Setiap hari dia akan muntah dan alami alahan, kasihan juga melihatnya,” katanya lagi.

Alif dan isteri mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca, 2.

Must-Watch Video

Advertisement