Viral
"Saya Harap Kami Boleh Jadi Kawan" - Aliff Syukri & Ali Puteh Berdamai
Usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri dan pelawak Ali Puteh akhirnya memutuskan untuk berdamai.
Berkongsi perkara baik itu di Instagram, kata Aliff dia mengharapkan hubungan antara mereka akan berkekalan sebagai sahabat.
"Harini saya berjumpa dengan Ali Puteh dan Alhamdulillah Ali Puteh dengan saya sudah berdamai dan kami berjumpa buat kali pertama...
"Ali memberikan kata-kata semangat kepada saya dan saya menjadi sebagai seorang kawan kepada Ali Puteh.
"Saya berharap sangat kami boleh menjadi sorang kawan dan tiada sengketa antara kami," tulis Aliff menerusi akaun Instagramnya pada Jumaat.
Persahabatan itu tidak terhenti di situ apabila Aliff berjanji akan bertemu dengan keluarga Ali tidak lama lagi.
"Apapun, jika ada masa Insha-Allah saya akan pergi ke rumah Ali dan berjumpa dengan keluarga Ali juga.
"Saya harapkan yang terbaik untuk mereka. Amin Amin Amin Ya Rab," tambahnya.
Ketegangan antara Aliff dan Ali mulai tercetus apabila usahawan kosmetik itu memuatnaik video pertemuannya dengan adik ipar Ali, Siti Norhidayah selepas kematian Abam Bocey.
Perkara menjadi semakin serius apabila pelbagai hal membabitkan keluarga dibongkarkan satu persatu.
Must-Watch Video