Skip to main content

Berita Tempatan

"Saya Harap Pengundi Tidak Mempertaruhkan Nasib" - Pesan Jamal Abdillah Sempena PRU14

jamalabdillah2_1.jpg
Penyanyi popular, Datuk Jamal Abdillah berpesan pada semua rakan artis agar tidak mudah terpengaruh dengan agenda pembangkang menerusi berita yang disebarkan di media sosial.

Raja Pop itu menyatakan tindakan sedemikian bertujuan menjatuhkan kerajaan dan ia dianggap sebagai tidak adil.

Beliau percaya kerajaan ketika ini sentiasa prihatin terhadap pelbagai masalah yang dihadapi golongan artis selama ini.

Sebelum rakan artis dan rakyat Malaysia keluar mengundi esok, Jamal berharap pengundi tidak mempertaruhkan nasib untuk memilih parti pembangkang yang memperjuangkan kepentingan diri daripada nasib rakyat.

"Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan, kata manis dan janji pembangkang kerana mereka akan lakukan apa saja untuk mendapatkan kuasa.

"Apabila sudah dapat (kuasa) kelak, nasib kita diabaikan kerana mereka hanya memikirkan kepentingan diri,"katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Sumber: Berita Harian

Foto: Astro Awani
 

Must-Watch Video

Advertisement