,
Laman Utama

"Saya Ikhlaskan Dia Cari Wanita Lain” - Upiak Dedah Punca Bergelar Janda, Akui Serik Dekati Lelaki ‘Biawak Hidup’

Hanafis Haris
28/11/2021
22:00 MYT

Tanpa berselindung, bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Upiak Isil mendedahkan dia kini sudah serik untuk mendekati lelaki.

Menurut Upiak, dia juga mahu memberi amaran kepada kaum lelaki khususnya buat mereka yang mata duitan dan gemar mengambil kesempatan terhadapnya.

"Janganlah lelaki-lelaki yang nak dekati ini berasakan yang saya ini banyak duit. Jangan pandang saya ini kaya.

“Saya cari duit untuk makan, bayar segala bil, segala hutang dan berikan kepada orang tua.

“Sebelum ini saya kenal dengan beberapa lelaki bersikap begitu. Sampaikan makan pun saya yang selalu kena bayar.

"Kalau saling memberi, okay la juga. Kalau rokok pun minta saya yang belikan, tak mahulah saya," katanya.

Menceritakan lebih lanjut tentang sejarah perkahwinannya, penyanyi berusia 37 tahun ini mendedahkan keputusan untuk bercerai sebelum ini bukan atas permintaan bekas suaminya.

"Saya yang ikhlaskan dia untuk mencari wanita lain kerana diri saya terlalu sibuk dengan aktiviti seni.

"Sebab dia pun berharap mempunyai isteri yang mampu cuma duduk di rumah, yang mana, saya tak boleh pikul tanggungjawab itu.

“Keputusan berpisah dicapai bersama. Rumah tangga yang kami bina pada tahun 2013 cuma bertahan selama empat tahun saja.

“Jodoh kami tak panjang dan tidak juga punya anak. Khabarnya, dia juga sudah bernikah dengan wanita lain," katanya.

Upiak berkata demikian ketika ditemui pada konsert GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Ahad lalu.

Sekadar info, konsert kedua Gegar Vaganza 8 (GV8) yang berlangung semalam menyaksikan kumpulan Nico G pula menjadi bintang yang berada di kedudukan terbawah dengan hanya memperoleh markah 52.9 peratus.

BACA : GV8: Tiada Penyingkiran! Nico G Tercorot, Aliff Aziz Juara Mingguan Lagi

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Berita

Lelaki Myanmar Mengaku Bersalah Korek Mata Mangsa Hingga Cacat Kekal

gempak
22/11/2024
09:25 MYT
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki sehingga mengalami kecacatan kekal mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa, Sabtu lalu.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Hiburan

“Tak Letak Syarat, Asalkan Tahu Jaga Batas…” - Suami Beri Keizinan, Zulin Aziz Buat Comeback

gempak
20/11/2024
03:55 MYT
Suami kepada pelakon, Zulin Aziz iaitu Farhan Norzaini memberi keizinan dan sokongan penuh kepada isterinya untuk kembali bergiat aktif dalam dunia komedi selepas sekian lama berehat.
Unitar